Bersedia dari sekarang

Berbual
Pin It

Saya percaya untuk berjaya, seseorang itu perlu melatihnya untuk berjaya bermula dari ia mengetahui kejayaan itu apa. Ia bermula dari semalam, hari ini dan esok.

Apabila saya tahu bahawa saya ingin menjadi seorang penulis hebat, saya mulakan diri saya dengan menghindari segala macam perkara yang menjatuhkan kredibiliti saya sebagai seorang penulis.

Penulisan ringkas (SMS) dalam membina ayat memendekkan akal dan usaha saya dalam menjana penulisan berkualiti. Saya menulis terlalu ringkas dan pantas membuatkan saya hanya menulis pendek. Terus lupa apa yang ingin saya sampaikan.

Dan apabila saya membaca SMS saya semula, "Apakah benda ini!!?"


SMS bagi saya sesuai untuk catitan nota sahaja. Ia untuk sesuatu yang cepat. Apabila saya menulis di blog, ia tidak memerlukan masa pantas lalu saya menulis secara santai.

Dalam menghantar khidmat pesanan ringkas, saya longgarkan penggunaan SMS. Ia satu medium yang memerlukan kecepatan tapi tidaklah sehingga ak, aq, tp, y, o, k, dan sebagainya.

Jadi, saya ingin menjadi seorang penulis. Bukan penulis biasa tetapi penulis yang setaraf dengan penulis antarabangsa. Boleh? Matlamat perlu diletak tinggi. Islam perlu diletak tinggi jika tidak, di mana tempat ia sepatutnya berada. Tiada apa yang lagi tinggi selain Islam.

Memang untuk itu pasti ada yang menempelak saya kerana bersikap kurang prihatin kepada orang lain. Mereka mengatakan lain orang lain caranya. Biarlah. Saya mencari sahabat yang sealiran dengan saya. Saya bukan mencari musuh yang hanya pandai berkata. Saya mencari musuh yang mampu menjadikan saya sebagai sahabat.

Untuk itu harapan saya juga tinggi. Jom. Kita sama-sama meletakkan hasrat dan impian kita tinggi. Sesungguhnya Allah menilai usaha kita dan bukannya hasil kita.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 mengomel:

Catat Ulasan

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia