Belajar semula Fizik

6 bualan
Pin It

Nampaknya, subjek Fizik kini menghantui saya kembali. Sebelum ini saya kurang gemar Fizik. Iyalah, perlu menghafal formula dan definasinya dan sebagainya. Matematik lagi mudah. Hanya kira berdasarkan formula dan kefahaman.

Fizik Tanah (Soil Physic) sememangnya akan mewarnai hidup saya sepanjang semester pertama saya kali ini. Ini bermulalah dengan asas Sains Tanah iaitu struktur tanah.


Padahal dahulu saya kurang memahami kenapa kami, budak hort, perlu belajar tanah. Saya kerap ponteng kelas Sains Asas Tanah pada semester 2 dahulu. Pensyarah yang mengajar seorang pakar tanah di Malaysia. Bergelar Prof. gitu. Mungkin ada sedikit pengajaran yang saya boleh dapat daripada sifat malas saya dahulu.

Selepas beberapa tahun kemudian barulah saya sedar bahawa tanah itu amat penting. Itupun setelah mengambil kelas Apikultur. Ia membuka pemikiran saya bahawa apa yang saya belajar pasti akan saya gunakan dalam kehidupan saya.

Tanah amat penting.

Bak kata orang Puteh:

Man has only a thin layer of soil between himself and starvation.

atau kata Melayunya:

Manusia hanya mempunyai satu lapisan nipis tanah antara dia dan kelaparan.

Sememangnya betul. Jika tiada tanah tiadalah tumbuhan. Tiada tumbuhan tiadalah makanan. Tiada makanan... tiadalah manusia!

Insya-Allah, kalau ada masa saya akan cuba berkongsi apa yang saya belajar di blog persendirian saya ini.


Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

6 ulasan:

  1. nk tny, master by research ke mixed-mode? aritu rasa macam anta proposal kan.

    BalasPadam
  2. tahniah dah smbung master... ^^

    BalasPadam
  3. @Nizam
    Research. Perlu ambil 9 jam kredit kelas.

    @Hafiz
    Terima kasih akh!

    BalasPadam
  4. oh, macam tu plak ye. ingt kan kalo by research dah takpelu amek jam crd dh.

    BalasPadam
  5. macam saya dulu matriks buat fizik, tapi bachelor buat animal science. huhu. ada belajar juga sains tanah di U, buat profil di sepang :)

    BalasPadam
  6. @Nizam
    Ia bergantung kepada penasihat projek.

    @Wani
    Budak fakulti Pertanian wajib tahu mengenai tanah kerana ia adalah sumber utama kepada pertanian.

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia