Rabu, 26 September 2012

Adab membuat panggilan telefon


Kisah ini berlaku selepas saya habis mengambil data-data tauge bagi projek tahun akhir saya. Ketika itu saya datang memberi lebihan bungkusan tauge yang tidak digunakan sebagai hadiah buat penasihat projek saya ini. Terus beliau mencadangkan untuk berikan juga kepada sahabat baiknya.

"Wong, kamu call Dr. Rosenani tanya sama ada dia hendak atau tak tauge. Call guna telefon pejabat saya."

Aku teragak-agak untuk buat panggilan. Setakat ini saya tidak pernah call orang besar. Huh. Berpeluh dial nombor pejabat Dr. Rosenani...

Tutt. tuutt. tuuttt. Klak. Bunyi ganggang diangkat.

"Hello, Dr nak tauge tak?"

"Tauge? Oh, boleh."

"Nanti saya datang ke pejabat Dr. Terima kasih."

"Ok."

Tup. Saya meletakkan ganggang telefon. Lega. Satu perbualan yang ringkas dan padat, fikir saya.


Saya duduk kembali di kerusi tetamu. Saya lihat muka pensyarah di hadapan saya berkerut sambil beliau menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Wong, kamu tahu adab menelefon orang tak?" tegur Dr. Siti Hajar kepada saya.

"Err... tadi Dr. Rosenani faham apa mesej yang saya sampaikan," jawab saya perlahan dengan perasaan sedikit gementar. Nampaknya saya telah melakukan satu kesalahan yang pasti akan memberi saya pengajaran baharu.

"Lain kali, kenalkan dulu siapa kamu, Saya Wong, pelajar bac. sains hortikultur, pelajar bawah Dr. Siti Hajar. Kemudian barulah kamu cakap kenapa kamu call. Kalau tak, manalah orang tahu siapa kamu. Mungkin ada yang tak melayan kamu langsung," jelas Dr. Siti Hajar lagi.

"Oh, begitu. Wajib kenalkan diri dahulu. Baik. Saya faham." tersenyum sipu aku di hadapan beliau.

7 mengomel

Selalunya begitulah..kita main cakap jerr...dulu pun sy pernah kena marah ngan bos sbb tak pandai jwb tepon ofis..:)

Dan akhirnya kita belajar jua daripada kesilapan kita. Dan saya berterima kasih kepada pensyarah saya yang menegur itu.

hmm... saya sendiri pergi kursus komunikasi... bukan sebab tak boleh bercakap... tapi untuk perbaiki skill bercakap... susah tau nak bercakap ni sebenarnya... lebih-lebih lagi kalau nak bercakap mengenai nasihat juga bercakap nak beri arahan - susah ni...

Dan kalau kita amalkan apa yang telah kita belajar, insya-Allah ia akan jadi senang. Betul tak puan?

selalunya mmg macam ni. ramai pernah melalui proses belajar yang sama. dr kesilapan kita diperbetulkan. amalkan apa yg baik, yeay :)

saya pun akan main redah juga, macam kamu. sebab saya tidak suka protokol dan saya menganggap ini sebagai benda remeh. tapi sesetengah orang suka protokol dan adab.

@SAS
Pengalaman guru terbaik.

@asrul
Yup. Apapun, komunikasi ini ada seni. Dan saya ni masih jauh lagi untuk berseni dengan komunikasi. Ada siapa rajin nak kongsi pengalaman seni komunikasi?

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon