Ada yang lebih berkuasa

Berbual
Pin It
Pada minggu hadapannya, saya masih belum lagi berkesempatan ke pejabat timbalan dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dek kerana sibuk. Mana taknya, 23 jam kredit saya ambil semester ini!

Lalu, terpaksalah saya masuk ke kelas yang berlansung pada hari Selasa ini.

Seperti biasa, Dr. M memulakan kelas beliau dengan baiknya. Juga seperti biasa bilangan para pelajar lelaki di belakang kian berkurangan dari minggu ke minggu. Banyak hanya menghantar SMS kepada saya meminta tolong,


"Wong, macam biasa yea. Sign untuk aku. Nanti aku belanja jus buah."

Aku pula? Lena melayan mimpi... Cuma tidaklah selena mungkin. Kami masih perlu berjaga-jaga dengan pandangan gelap Dr. M.

Entah kenapa pada hari ini aku terasa ada sesuatu yang menarik.

"Looks like, there was some of you reported about my teaching. Azali had meet me yesterday at his office. If you want to change class, it is ok for me. But it is already week 13. I can't help you about it."

Rupanya, ada orang yang lebih berkuasa daripada aku. Kalau aku hanya buat laporan pada timbalan dekan, tetapi yang ini dekan fakulti Ekonomi dan Pengurusan, merangkap juga Timbahan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar. Hebat.

"Nampaknya, ada saudara TNC di sini. Siapa la dia. Kalau perempuan, aku wajib berkenalan dengan dia," bisik Azwan di sebelah aku.

Saya hanya pandang dia. Senyum.

"Aku rasa, aku dapat dulu agaknya sebab aku buat laporan dahulu. Kami mempunyai chemistry," ujar aku sambil pandang ke Azwan.

Azwan memutarkan bebola matanya.

Kami ketawa senyap di belakang.

----

Akhirnya, saya hanya mendapat gred C untuk subjek ini. Dr. M pula dipindahkan daripada mengajar kelas untuk semester berikutnya.

Pengajaran peristiwa ini:

1. Pensyarah import sememangnya sukar difahami pengajaran mereka
2. Jika pensyarah seperti ada masalah, sila buat laporan secepat mungkin kepada pihak berkaitan
3. Jika bersaudara dengan datok atau datin, sila gunakannya sebaik mungkin.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 mengomel:

Catat Ulasan

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia