Isnin, 3 September 2012

5 hari tempoh demam


Mengikut pengalaman saya, badan saya akan mengalami 5 hari fasa demam.



Pada hari pertama, tekak akan mula rasa gatal dan kering. Terasa bengkak di nodul. Minum air dengan jumlah yang banyak pun tidak melegakan rengsa kesakitan tekak.

Pada hari kedua, hingus mula keluar di hidung. Badan mula rasa panas. Batuk sikit-sikit. Kerja masih boleh dijalan secara biasa.

Hari ketiga adalah kemuncaknya. Sendi-sendi badan terasa sakit. Terutama di bahagian lutut, tangan dan pinggang. Badan menjadi panas teruk. Angin kipas pun tidak dapat menyejukkannya. Badan lesu dan terpaksa rehat sahaja di bilik. Hingus makin banyak keluar di hidung. Ini masanya 'cool fever' ditempekkan di dahi.

Hari keempat pula, peliknya batuk semakin kuat. Mungkin kerana kahak mula berkumpul di tekak. Badan sudah kurang panas. Sakit sendi berkurangan. Boleh memulakan kerja semula.

Hari kelima, badan mula beransur pulih. Boleh mula kehidupan seperti biasa.


Dahulu, kalau pada fasa pertama saya sudah terasa demam akan menyinggah badan, saya akan terus makan panadol 2 biji.

Kini saya mencari perubatan alternatif iaitu perubatan tradisional berasaskan herba. Ibu saya memberi petua jika nak sejukkan badan ketika demam, minum air biji selasih. Rakan saya pula memberi petua minum air asam jawa dan air bali. Dan yang terbaik,

"Wong, kau banyakkan minum air masak sahaja. Badan kita apabila panas perlukan air yang banyak untuk sejuk. 4 liter sehari sudah cukup untuk sejukkan badan. Sungguh!"

2 mengomel

Bos aku dulu ajar cara cina - akupuntur. Tapi tak ada lah sampai cucuk dengan jarum, sekadar cucuk dengan jari saja. DIa kata, titik demam badan manusia lokasi dia di kiri dan kanan, bawah rusuk belakang.

Demam, ari first yang paling seksa kan.

Wah! Cucuk-cucuk pasti terubat nanti. Tapi ilmuku masih sikit lagi.

Yup. Demam fasa 1 memang merengsakan!

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon