Sabtu, 25 Ogos 2012

Selasa Bersama Morrie




Saya baru sahaja selesai membaca buku bertajuk 'Selasa Bersama Morrie' oleh Mitch Albom.

Ia satu buku yang begitu mengasyikkan untuk saya baca. Kisah mengenai seorang Profesor bernama Morrie yang menempuhi hari tuanya dengan penyakit ASL.

Mitch Albom pula adalah bekas pelajarnya. Beliau bergraduat dan tidak bertemu dengan Morrie selama 16 tahun lamanya. Ketika bertemu, Morrie sudah hampir menemui kematian yang pasti.

Ia mengenai kuliah terakhi Mitch Albom bersama pensyarah yang amat disayanginya. Malahan semua orang yang mengenali Morrie begitu menyayanginya. Sikap Morrie yang sentiasa terbuka dan berlapang dada membuatkan orang sekelilingnya terhibur dan turut serta berasa aura optimistiknya.


Sebenarnya saya telah membaca novel karya Mitch Albom sebelum saya membaca novel ini. Ia bertajuk 'One More Day'. Mitch Albom berjaya menarik minat dan emosi saya dalam pembacaan novel beliau itu. Ia mudah difahami dan tersentuh.

Apapun, novel Selasa Bersama Morrie ini bukanlah novel fiksyen. Ia adalah novel bukan fiksyen. Lebih kepada kenang-kenangan (memoir) sang profesor bernama Morrie. Liku-liku kehidupan yang dialaminya tercoret ringkas dalam novel ini. Falsafahnya digarap baik oleh sang pengarang.

Saya terasa ingin membacanya buat kali kedua agar saya lebih faham apakah falsafah Morrie....

4 mengomel

cover buku ni cantik la. beli kat mana ni? kenapa saya punya yang macam klasik gler tu.

Ini buku terjemahan terbitan PTS Litera Utama. Harga RM16 je.

One more day - Mitch Albom.

Sdih betul...

Dan memberi pengajaran yang banyak.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon