Pengalaman makan ayam KFC

6 bualan
Pin It
KFC mengimbau kenangan masa kecilku...

KFC atau nama penuhnya Kentuky Fried Chicken, ialah satu nama yang sinonim bagi saya kini. Manakannya, setiap kali berjalan-jalan di shopping mall, pasti KFC terbayang untuk juadah makan tengah hari. Ia murah, sedap dan yang pasti halal.

Pengalaman makan ayam KFC saya bermula sejak kecil lagi. Ketika usia kanak-kanak sehinggalah sebelum masuk matrikulasi, saya dan keluarga hanya menjamah ayam KFC setahun sekali. Hanya pada Tahun Baru Cina sahaja, apabila kami melawat popo dan yeye.


Keluarga Cina kami memahami orang Melayu tak makan masakan Cina. Jadi, untuk mudah, mereka belikan kami ayam KFC. Selalunya, sebelum kami bertandang beraya ke rumah mereka, abah akan menelefon mereka dahulu memberi khabar yang kami akan datang melawat.

Justeru, Da shu atau pakcik akan terus keluar ke KFC berdekatan (ketika itu di Bercham) untuk membeli KFC family bucket.

Hari sentiasa cerah ketika tahun baru Cina. Juga, sememangnya ia membuatkan saya adik-beradik gembira mengetahui hari tersebut tahun baru Cina. Kami seronok bercerita dan mengira berapa banyakkah ang pao yang akan kami dapat nanti. Saya pula kepingin ayam KFC. Saya selalu makan 3 ketul ayam. Yelah. Setahun sekali sahaja makan KFC...

Nyum~
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

6 ulasan:

  1. Dulu sering pujuk diri sendiri untuk beli ayam goreng pasar malam menggantikan KFC. Tapi bila sudah besar ni, baru tahu betapa superiornya KFC itu. Ayam segar, guna minyak masak bersih, kakitangan terlatih. Jadi bila bayar RM6.70 untuk 2 ketul ayam tu, tak terasa mahalnya sebab setanding dengan kualiti. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semestinya sehingga menjilat jari~

      Padam
  2. Salam lebaran bro,

    3 ketul ayam skrg ni bersamaan dgn pakej kombo Dinner Plate kalau tak silap :D
    Dah cuba rasa ayam goreng RFC (kalau tak silap eja)? Since saya cuma selesa makan ayam kampung, maka segala benda baru berkaitan ayam daging ini saya abaikan ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam lebaran daripada saya.

      Oh, belum lagi. Dengar khabar ia setanding dengan KFC, malahan lebih sedap. Hmmm. Area Kajang ada 1. Jikalau ada kelapangan, mungkin saya akan mencubanya.

      Bro memang amalkan pemakanan sihat yea? Bagus. =)

      Padam
  3. Dulu selalu juga makan KFC. Pernah sekali saya tapao KFC untuk lunch. Tengah sedap2 makan sayap ayam, tetiba saya ternampak ketulan bulat dan keras berwarna kuning dicelah2 tulang sayap, Bila diperhati betul2, macam nanah yang telah mengeras kerana digoreng. Yaaaks! tak jadi saya teruskan lunch saya. Bertahun2 juga saya tak menjamah KFC ni. Bila ternampak topik KFC di sini, teringat balik peristiwa tu so berhati-hati bila makan KFC! :)(GR)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setiap orang ada pengalaman mereka. Semestinya, saya membaca bismillah dan bertawakal kepada Allah sebelum makan. =)

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia