Minda kelas ketiga di Putrajaya

7 bualan
Pin It
Pada Subuh hari, saya kadang-kala turun ke surau. Ingin menunaikan solat wajib yang memang dituntut solat berjemaah. Sesungguhnya Rasulullah tidak pernah meninggalkan ia sama sekali. Juga 2 rakaat solat sunat sebelumnya.

Saya turun lif di tingkat 12 ini. Saya lihat beberapa bungkus balutan aiskrim berada di atas lantai. Eh kenapa perlu ada sampah di sini?

Saya kumpulkannya di hujung lif. Biar nanti mudah untuk tukang cuci sampah bersihkan. Hati ini terasa geram pula melihat sampah itu. Ini mesti angkara budak-budak pemikiran ikutan ibu bapa mereka.

Kadang-kala, ada orang minda kelas ketiga di Putrajaya ini.
Boleh pula tinggalkan sahaja sampah di sini?
Dari pagi sampailah ke malam.
Kebajikan sosial yang patut saya lakukan -
tolong orang ini buat pahala.

Kuarters Putrajaya di Persint ini dihuni oleh semuanya kakitangan kerajaan. Jika tidak, bukanlah namanya Putrajaya.

Ting!

Lif berhenti pula di tingkat 8. Seorang pakcik tua berumur 50an berpakaian baju Melayu berkopiah hitam masuk ke dalam lif. Saya senyum dan pakcik itu senyum kembali.


Dia pun sempat melihat sampah berkumpulan di satu hujung sudut lif itu.

Ketika pulang solat berjemaah Subuh, pakcik tadi dan seorang lagi turut serta naik lif bersama saya. Saya terdengar perbualan 2 orang pakcik ini.

Mereka memandang longgokan sampah itu.

"Ini tempat pegawai tinggal pun ada sebegini." mula perbualan pakcik yang memakai kopiah putih.

"Jangan lupa persint 9. Tempat itu memang tidak boleh diselamatkan dah." Jawab pakcik kopiah hitam.

"Susah la kalau tingal dengan pekerja am. Pemikiran mereka memang berbeza."

Pakcik kopiah hitam geleng sahaja kepala. Pakcik kopiah putih menambah.

"Sebab itulah kerajaan cuba letakkan pegawai dan pekerja biasa ini di satu kawasan perumahan. Supaya minda SPM mereka juga jadi minda ijazah seperti kita. Kalau tidak, lihat lah apa terjadi di Persint 9."

Oh ada beza rupanya budak SPM dengan budak ijazah. Dalam hati aku bangga pula mendengarnya.

"Cuma, lihat lah. Ada yang tidak berubah lagi," tangan pak cik kopiah putih tertunjuk ke arah longgokan sampah tersebut.

Aku mendengar dengan khusuknya. Pegawai kerajaan rasanya mereka ini.

Ting!

Eh!? Saya tidak sedar lif sudah sampai ke tingkat 8.

"Assalamualaikum."

Waalaikumsalam, jawab kami berdua.

Ting! Tingkat 12.

Giliran aku pula menyampaikan salam.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

7 ulasan:

  1. tapi mmg ada kebenarannya juga... bole diterima 80% benar kata-kata tersebut... saya dulu tinggal di apartment medium cost... berjiran dgn low cost apartment... suasana mmg jauh beza bila keluar dari pagar... :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesungguhnya mereka masih belum mengerti. Dan tugas orang yang sedar ini mendidik mereka berbanding mengherdik mereka. =)

      Padam
    2. susah nak didik orang kalau itu sudah menjadi 'habit'... nanti kita dikata semula 'berlagak mentang-mentang la ada ijazah'... :(

      Padam
    3. dan saya tidak akan mengaku kalah untuk itu. Cuma, caranya sahaja berlainan. Isi tetap sama. Semoga Allah memberi ilham kepada saya untuk itu. =)

      Padam
  2. Pengalaman saya bekerja... kerani yang mempunyai ijazah dengan kerani yang hanya mempunyai SPM juga nampak perbezaan mereka yang sangat ketara dari segi cara mereka bekerja atau pemikiran mereka. Walaupun bukan semua tapi kebanyakannya begitu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana berkongsi bersama pengalaman kak. Berguna buat pembaca lain juga. =D

      Padam
  3. memang betul
    bukan nak menghina tetapi begitulah pemikiran mereka
    sy pernah downgrade kerana nak kuarters cepat..dapatlah kuaters kelas G..patut kelayakan sebenar kuaters teres kelas D
    setelah setahun di situ..sy mmg tak tahan..apply semula ikut kelayakan..alhamdulillah dpat teres..mmg lain sgt kejiranan tu
    semasa di aprtment..kereta saya 2 x kena pancit..atas dasar tempat tu tempat aku booking dah lama..padahal kalau apartment sape cepat die dpt..

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia