Memasak di bulan Ramadan

4 bualan
Pin It

Pejam celik pejam celik telah masuk hari ke 17 Ramadan kita berpuasa. Sepanjang bulan Ramadan ini saya tidak pernah lagi menjejak kaki ke bazaar Ramadan untuk membeli apa-apa juadah berbuka. Kakak tidak suka kami makan masakan luar. Dia lebih suka makan masakan rumah. Masalahnya... saya lah kena masak. Aiseh.

Saya ni kalau bab memasak, kurang nak meng'google'. Al-maklumlah saya suka baca buku. Jadi saya lebih suka membaca berasaskan buku yang terkenal. Memang banyak buku memasak, cuma terlalu banyak sampaikan saya pening kepala nak beli mana satu.Nasib baik lah saya ada terbeli satu buku masakan. Ia bertajuk '1 Hari 1 Resipi: Panduan Langkah Demi Langkah; 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza'.

Alang-alang menghabiskan kupon buku 1Malaysia, buku resipi pun saya rembat.
Saya pun tidak tahulah best ke tak buku resipi ini, tapi setakat ini, alhamdulillah menjadi semua masakan saya. Terima kasih la Chef Liza oiii (dengan nada berseloroh). Hehe.


Apa yang saya suka mengenai buku ini ialah penerangan yang ringkas dalam menyediakan bahan masakan. Tidaklah seperti buku resipi Inggeris yang penuh dengan bahan masakan yang kurang saya kenali. Terdapat dua bahagian sahaja dalam menyediakan bahan. Bahan tumis selalunya yang telah ditumbuk/kisar/potong halus. Saya lebih suka tumbuk sebab senang kerja saya. Masuk je bahan tumbuk dalam lesung batu. Dub dub dub. Dah lumat semua bahan. Selepas itu tunggu goreng sahaja.

Dalam mencari bahan, sebenarnya saya tidak tahulah sangat bagaimana rupa halba campur, bunga cengkih, jintan dan apa-apa rempah memasak ini. Kerana itu, saya lebih suka membeli di pasaraya berdekatan (semestinya Mydin Putrajaya). Semua ada 'tag' nama. Mudah untuk kenal pasti bahan masakan. Al-maklumlah budak baru belajar nak baca bahan masak.

Kalau bab bahan mentah seperti sayuran dan buahan, itu enteng sahaja. Saya belajar tanaman hortikultur mestilah tahu (sambil membelek apalah cili capsicum ni. =P).

Sejak memasak ni, saya mula minat nak menonton rancangan memasak. Yelah, nak tingkatkan lagi kemahiran memasak ini. Baru kejap tadi seorang rakan saya membuat promosi video memasak kepada saya. Manakala seorang rakan saya lagi pula mencadangkan saya tonton 'Master Chef'. Huh!? Banyak juga ya saya terlepas sepanjang saya hidup membujang ini. T.T

Lebih kurang begini la kisahnya saya memasak.

Yang pastinya setiap kali masak, buku masakan tersebut wajib berada di sebelah saya. Al-maklumlah tak hafal lagi bahan apa masuk dulu bahan apa masuk kemudian. Habis rosak buku ini terkena percikan minyak dek berdekatan dengan dapur.

Terfikir juga saya, lagi sedap kalau dapat masak tanaman sendiri seperti En. Iskandar pemilik blog tanam sendiri. Tentu ia lebih berkhasiat dan sedap kerana organik dan segar.

Saya? Jauh lagi untuk bertanam sendiri ini. Orang bujang memang begitu. Masa banyak dihabiskan dengan perkara-perkara lebih penting. Hujung minggu sibuk dengan hal lain. Kahwin? Hmmm.... (diam selama beberapa hari untuk jawapan itu. =P)

Jom lihat beberapa masakan yang telah saya masak.





Kesimpulannya, lelaki bujang seperti saya ini banyak lagi perkara perlu belajar untuk memasak. Insya-Allah, saya akan memasak dengan terbaik kerana saya suka moto ni:

'Masak dari hati, masak dengan iman'
Insya-Allah sedap.

Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

4 ulasan:

  1. Saya suka tengok rancangan masakan bukan sebab hendak belajar memasak, tapi rasa ingin tahu petua yang digunakan dalam masakan.

    Tahu tak tomato ditaruk sekali dalam sup sebab tomato bisa bertindak sebagai catalyst mempercepatkan tempoh daging menjadi empuk? Jimat gas :-)

    BalasPadam
  2. Oh betul juga yea. Tips daripada tukang masak memang berguna.

    BalasPadam
  3. Salam..
    Mudah-mudahan buku 1 hari 1 resipi itu dapat memberikan inspirasi masakan seharian...
    Selamat mencuba ..

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia