Selasa, 21 Ogos 2012

Kehilangan iPad


Ketika berjalan-jalan dengan seorang sahabat, kami pergi singgah ke kedai komputer Challenger di tingkat 4 Mines. Sahabat saya itu mahu membeli charger baru untuk laptop HP Compaqnya. Yang lama telah rosak.

Ketika masuk itu, saya tertarik dengan pameran iPad di kedai tersebut.

"Jom, kita pergi pameran itu sekejap. Saya mahu lihat iPad. Teringin nak main iPad."

Di situ terdapat 2 jenis iPad terbaru keluaran Apple. Ipad 2 dan The New iPad. Apa bezanya? Entah. Saya main tekan sahaja dengan jari saya. Lancar sungguh pergerakan imej iPad ini.

iPad membawa satu revolusi 
skrin sentuh kepada dunia amnya.

Sahabat saya pun mencuba juga. Cuma dia mencuba dengan muka yang sayu. Saya perasaan akan itu. Cuma takut pula ingin bertanya. Saya endahkan sahaja.


Setelah selesai urusan kami di kedai tersebut, kami pun beredar pergi ke kedai lain pula.

"Wong, kau tau, saya pernah ada iPad juga."

"Oh, habis tu kenapa muka sayu sahaja tadi semasa belek-belek iPad?"

"iPad tu sudah hilang..."

Aku diam mendengar.

"Saya bagi pinjam pada si A. Kemudian si A bawa pergi tempat kerja dia. Entah macam mana si A kena tipu, iPad saya hilang."

"Jadi bagaimana kamu selesaikan?"

"Nak marah si A pun tak boleh juga. Si A tu sahabat. Alik-alik, saya minta dia gantikan sahaja."

Aku mendengar dengan rasa simpati.

"Dia sudah ganti? iPad versi berapa?"

"Belum lagi. Yang hilangiPad 1 je. Tapi masa itu harganya mahu RM1.4k. Lagipun saya baru beli 2 minggu je kot."

Melihat mukanya yang seakan sedih, aku pun mencelah "Sekarang iPad 1 sudah tidak dijual. Nampaknya A kena cepat ganti. Atau kau untungla." Aku berseloroh, cuba menghilangkan kesayuannya itu.

Namun, dia hanya diam. Aku pun diam kemudiannya.

"Jom ke kedai pakaian pula. Aku ada lagi sehelai hendak beli," tunjuk aku ke kedai lain. Aku cuba tukar topik lain untuk dibualkan. Aku tak mahu suasana menjadi kekok kerana hal sebegini.

Kami berlalu pergi ke kedai pakaian pula untuk membelek-belek pakaian raya untuk dibeli.

Apabila menjelang Hari Raya Aidilfitri pasti banyak tawaran hebat
di gedung-gedung membeli-belah seluruh Malaysia.
Beberapa ketika saya terfikir akan hal ini. Kini pandangan saya terhadap si A mula berubah sedikit. Oh mungkin jika sahabat saya itu mengatakan ada kawan dia yang hilangkan tanpa menyatakan nama si A, mungkin pandangan saya pada si A mungkin masih sama.

Kini saya pula rasa bersalah. Bersalah kerana menanggung maklumat yang menghubungkan antara dua orang sahabat saya. Ia mungkin dengar seperti biasa. Seorang sahabat telah menghilangkan barangan sahabat lain. Tapi bagi saya ia berubah setelah mengetahui si pelaku itu. Apapun, saya tetap menyayangi mereka berdua sebagai sahabat baik.

Pengajaran yang saya dapat di sini, walaupun sahabat baik, jika itu barangan yang kita saya, janganlah bagi pinjam. Jika tak, hubungan kita mungkin berlainan setelah itu. Apapun kita kena lah berlapang dada. Jika memang kesalahan sahabat tersebut, perlulah dia menanggungnya.

Teringat pernah ada seorang pak cik pesan kepada saya.

"Wong, kita ni kalau berkawan, ada sahaja kawan yang cemburu dengan barang kita. Nak ajer mereka pinjam. Yang pak cika tak suka, dia pinjam macam barang tu dia punya. Dapat balik kat kita dengan keadaan yang sudah lain daripada asal. Walhal kita punyalah jaga barang kita."

"Kalau begitu, bagaimana pak cik selesaikan situasi tersebut?"

"Aku kata macam ni je pada kawan yang nak pinjam tu.

'Mat, aku dan kau ni nak berkawan lama. Aku sayang barang aku sama macam aku sayang kau. Aku nak hubungan kita ni kekal sampai ke syurga. Jadi, kau pinjamla dengan orang lain. Dengan aku memang aku tak boleh bagi.'

Kalau betul kawan tu memang nak kawan dengan kita bukan sebab barang kita, insya-Allah dia faham. Kalau tak, biarlah. Dunia ni ramai lagi orang baik kita boleh kawan."

5 mengomel

hmmm... sama je situasi tu dgn apa yg saya lalui... saya pun ada sahabat + saudara yg mcm tu... masa nak pinjam, bukan main lagi... bila nak pulang... kita pula nak kena meminta-minta... kalau tak minta - tak tau hilang kemana... :(

Meminjamkan sampai bawa ke pejabat. Hmm.. kenapa sahabat tu tak menolak? Lagipun iPad ni barang peribadi, sama macam wallet atau handphone biasa.

@puan Maria
Terpaksa kendali situasi begini dengan cermat agar tiada yang terluka.

@asrul
Sebab sahabat lain daripada rakan. =)

sedihnya...kehilangan ipad yang bukannya murah. entah2 kawan Wong tu berlapar mengikat perut masa nak beli ipad kan? sumpah saya dapat rasakan kesedihan tu huhuhu...

Bersalah juga saya nak kata mana betul mana salah. Ia melibatkan dua sahabat baik saya. =(

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon