Isnin, 27 Ogos 2012

Keganasan cikgu Matematik


"Pastikan siapa kerja rumah... atau siap la awak nanti!"
(gambar hiasan)

Sama seperti teacher bahasa Inggeris saya, cikgu Matematik darjah saya bukanlah daripada golongan kaum majoriti Malaysia. Dia seorang beretnik Cina. Kami panggil dia Cikgu Joan.

Apa yang terpahat kuat dalam ingatan saya ini, dia adalah cikgu yang sangat garang! Sama seperti cikgu BI saya. Eh? Atau mungkin sebenarnya cikgu BI saya tidak garang, tapi ini yang garang? Oh apapun dia memang garang!


Perbuatannya sama sahaja seperti teacher. Kalau tidak siap kerja rumah tambah-tolak, pasti kami kena marah! Buku dibuang keluar dan tapak tangan di rotan. Ughh. Seram!

Lagi teruk kalau keputusan peperiksaan kami tidak mencapai gred yang memuaskan. Pasti di maki hamun kami kerana kebodohan tidak tahu tambah tolak yang mudah. Kami datang mengambil kertas ujian yang telah disemak dengan perasaan gerun! Oh, dia akan marah atau tak? Fikiran saya berkecamuk ketika datang ke hadapan mengambil kertas tersebut.

Kenapa harus cikgu bukan Melayu semuanya garang-garang belaka ketika saya usia kanak-kanak?

8 mengomel

semoga dah pandai matematik :D

Semestinya diberkati sehingga kini sentiasa B+ ke atas.

saya pun ada dapat cikgu math yang garang masa primary school. kalau homework salah buat, buku latihan bakal dicampak terus ke tong sampah. scary kan. masih lagi terbayang sampai sekarang. trauma ke apa ni. tapi rasanya kalau cikgu tu takbuat macamtu, mesti ramai fail math. *pikir positif*

Jadi mmg patut cikgu kena garang ke?

Garang dengan kasih sayang bukan garang stress.

di mana-mana, ade je cikgu macam tu..huhu
tapi, kalu dengar org dewasa skang ni cerita sal cg zman kanak-kanak dulu, garang-garang kebanyakannya..

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon