Rahsia? #1

Pin It

Entah mengapa jiwa aku ni terasa kosong. Kenapa komen yang aku baca di muka buku tidak membantu aku langsung? Walhal aku sudah lama meniti saat ini. Saat aku menjadi pandai dengan apa yang aku ada. Kenapa? Oh kenapa Tuhanku?

Tidakkah cukup aku berdebat dengan facebook tentang kebenaran aku ini? Walhal aku memang benar. Kenyataan yang aku dengar benar. Fakta aku keluarkan juga benar. Adakah kebenaran itu tak semestinya benar juga?


Komen-komen cacian yang muncul itu seperti menekam jiwa aku ini. Seketika tadi sungguh berani aku mengeluarkan kenyataan berbaur benar itu. Namun kenapa mereka tidak memahami? Aku telah tambah mereka sebagai rakan tanda aku mahukan lebih ramai rakan di dunia luar dan maya. Tapi kenapa rakan-rakan aku di dunia maya ini seperti sedang menjerut leher ini. Kata-kata mereka menyesakkan fikiran aku ini..

Aku kacau. Aku kosong (nyanyian berkumandang)...

Ahhhh!!! Aku geram dengan diri ini. Aku bungkam diri ini ke atas bantal busuk di atas tilam. Bauan yang menusuk hidung aku ini seperti mengerti perasaan di hati aku ini.

Telah seminggu peristiwa itu berlalu.

"Kenapa kau ni Man? Aku tengok masam je. Takkan tak habis lagi masalah kau di FB tu?" tegur sahabat baik aku, Zahrul Azmi.

Yup. Sejak muka terbungkam atas bantal busuk itu, ia terus masam. Entah la kenapa...

"Entah la. Aku keliru lagi. Aku dah delete post tu tapi seperti ia terbuang pula dalam minda aku ini." Aku membuka laptop di bilik aku.

"Ah usah kau risau sangat. Nah aku berikan kau satu rahsia. Dengar dan nikmati," hulur Zahrul Azmi kepada aku sebuah pendrive.

"Tapi ingat, dengar berlandaskan iman dan akal sebagai muslim. Ambil yang baik, tinggalkan yang buruk. Orang puteh ni pelik... Nanti kau dah habis transfer file 'The Secret' tu boleh la beri pendrive tu yea," berlalu Zahrul Azmi dari bilik aku.

The Secret? Apa la si Zahrul ini merepek. Buat apa aku perlukan rahsia? Aku ini jenis tidak boleh simpan apa yang aku dapat. Kalau aku dapat sesuatu maklumat, tak kira benar atau salah akan aku kongsikan sahaja di muka buku. Buat apa berahsia?

Anak panah menuju ke arah satu folder bertajuk 'The Secret'. Aku salin dan tempelkannya ke dekstop aku. 10 bab ada dalam folder tersebut...

Was-was untuk aku tekan.

"Dengar berlandaskan iman dan akal sebagai muslim?" Apakah maksud sebenar Zahrul itu?

Satu alunan muzik beritma tradisional berkumandang di speaker laptop aku...

As above, so below. As within, so without.

The Emerald Tablet, circa 3000 B.C.
The Secret

dan aku mula asyik dengan kata-kata seterusnya...

Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

Manusia