Penulis - sebuah cerpen

2 bualan
Pin It

Apakah itu penulis?

Siapakah itu penulis?

Mengapa mereka perlu menulis?

Bilakah mereka menjadi penulis?

Manakah mereka mula menulis?

Bagaimanakah penulis itu hidup?

Itu lah persoalan yang aku selalu lontarkan pada diri aku. Apakah bezanya aku dengan si dia, si penulis itu? Mereka sama sahaja seperti aku. Menulis. Tapi apakah sebab mereka menulis? Aku buntu. Aku kadang-kala ingin menulis. Kadang-kala pula ingin membaca.

Adakah penulis itu si pembaca juga?


Agaknya. Mereka seperti saling tahu menahu mengenai ilmu yang mereka nyatakan. Ah. Sudahlah. Apa guna aku fikirkan semuanya. Aku hanyalah penulis gelandangan yang hanya menulis tanpa erti. Bukanlah aku mendapat sebarang rezeki untuk menulis ini.

Aku tidak seperti JK Rowling yang menukar namanya hanya kerana takut akan penolakan daripada kanak-kanak. Aku seorang yang memegang nama aku yang betul untuk menulis. Tidak perlu aku takutkan semua itu,

Aku bukan menulis seperti Faisal Tehrani. Meletakkan halus-halus nilai syiah dalam penulisannya. Menyembunyi diri yang sebenar disebalik nilai sastera. Aku tidak sedayus itu.

Aku hanya menulis kerana aku suka. Aku pasti kerana suka itu akan membawa aku kepada kejayaan. Siapa kata kita perlu berjaya hanya kerana kerana orang lain katakan ia bagus.

-----

Berlalu pergi si penulis itu setelah skripnya menerima penolakan lagi daripada si editor. Mungkin jikalau ia tahu erti sebenar penulis, pasti dia tahu penulis itu perlukan arah tuju. Melukis tanpa melihat ibarat menconteng di udara yang kosong. Apa-apa bentuk pun tidak akan terbentuk.

Begitu juga dengan penulis. Apakah JK Rowling dikenali ramai hanya kerana namanya? Tidak. Ia kerana dia tahu apa yang perlu seorang penulis tahu. Memang masyarakat memandang nama itu sebagai tanda. Tapi apakah tanda itu merendahkan nilai penulisan seorang penulis? Lihat lah. Hampir setiap pelusuk dunia ini mengenali siapa si Harry Potter, budak magis berparut di dahi.

Faisal Tehrani? Ya ia memang menyimpang dari akidah yang asal tapi apakah ia tidak bijak menggunakan pengaruh yang ia ada dalam sastera untuk menyesatkan manusia? Kenapa tidak sahaja si penulis lain menggunakan teknik yang sama membetulkan semula apa yang rosak itu? Merungut mengata orang. Apa yang dapat? Habuk pun tidak akan pergi tanpa ada yang menyapunya.

Suka... ia memang susah diterjemahkan dalam bentuk kata. Suka memakan cokelat mungkin tak sama dengan suka menaiki motorsikal di tengah jalan raya atau suka akan si anak dara orang. Mungkinkah dengan suka itu membuatkan skrip si penulis itu mula mendapat perhatian si editor? Tidak bukan? Kerana suka tidak cukup menyerikan suatu karya sastera itu jika ia tidak disaluti niat dan matlamat.

Kembali semula si penulis di bilik gelapnya itu. Termenung jauh melihat pemandangan luar. Entah sudah berapa kali dia melihat kereta-kereta berpusu-pusu lalu. Fikirannya masih melayang memikirkan nasibnya yang ingin menjadi si penulis.

Sudah bersepah kertas-kertas penuh contengan di atas mejanya. Semuanya untuk suka dia menulis. Terngiang-ngian makian si editor kepadanya "Kau ni bodoh jika menulis kerana suka. Suka itu stupid! Suka tak berasaskan niat apa guna? Tulisan kau ini ibarat merokok. Tidak bermakna jika aku ingin terbitkannya. Nyah kau dari sini."

Sungguh pedas kata-kata itu....

Penulis bangun. Memandang kertas-kertas di atas meja. "Sudah tiba masanya aku tetapkan niat aku. Niat aku hanya ingin menulis demi menampung hidup aku ini. Aku tak boleh leka menulis hanya kerana suka."

Semua kertas itu ia longgokan dalam satu beg plastik hitam. "Ini semua kisah lama aku. Biar aku tuliskan yang baru pula. Buat apa aku kenangkan yang lama." Diletakkan beg hitam itu di satu sudut bilik gelapnya itu.

Dia mula menulis pada satu kertas kosong dengan menggunakan marker pen. Besar tulisannya itu.

"2013 - tarikh KERAMAT Novel terbitan AKU "

beberapa nama penulis yang terkenal tertulis di bawah ayat itu.

Akhirnya. Bangkit jiwa seorang penulis yang mula sedar bahawa menulis itu bukan sahaja kerana suka. Ia juga perlukan niat kerana niat menentukan perbuatan dan perbuatan membawa kepada sikap. Sikap lah pula membawa penulis itu kepada kejayaan.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. Zaman sekarang....sudah ramai yang mula menulis...tp masalahnya ramai yang tidak pandai menulis....dan yang pandai menulis tidak diberi penghargaan sewajarnya.... huhuhuhu

    BalasPadam
  2. Erk. Susah saya nak faham penyataan di atas. Pandai menulis, tak pandai menulis, pandai tertulis? Macam konsep triniti lak. =)

    Melawak je. Apabila seorang itu ada niat menulis, teruskan sahaja. Penghargaan itu sampingan je kan?

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia