Membina Imaginasi Cemerlang

Berbual
Pin It

Seperti sebelum ini, saya suka membaca. Novel bagi saya mengaktifkan imaginasi cemerlang saya. Setiap kali saya terasa kurang bermotivasi untuk membaca buku-buku akademik, novel pasti menjadi teman setia menaikkan semula semangat saya membaca. Novel pilihan saya bukanlah novel yang biasa dibeli oleh remaja-remaja masa kini.

Saya lebih suka novel yang mengajar erti kehidupan. Mempunyai nilai-nilai murni dan pengajaran yang tinggi. Ia lebih bersifat motivasi. Lebih bersifat ketuhanan.

Antara novel yang saya minati ialah novel karangan Hilal Asyraf. Beliau berjaya mengubah pandangan saya bahawa bukan semua novel bersifat kecintaan dunia sahaja. Ada juga novel bersifat dakwah.

Antara novel karya Hilal Asyraf.
Apa kaitannya dengan hortikultur? Ia nampak tidak ada kaitan langsung tetapi jika diperhatikan betul ia ada.

Antara asas untuk berjaya ialah membaca. Membaca menunjukkan seorang itu ingin belajar. Mari kita lihat perspektif lain pula dalam video oleh John.



Dalam video kali ini, 3 asas yang John nyatakan;

1. Belajar
2. Amalkan
3. Kongsikan.

Beliau menyatakan beliau lebih suka belajar di Sekolah Sudah Terhantuk Baru Terngadah (School of Hard Knocks). Walaupun istilah ini nampak keras, tetapi beliau melihat ia dari sudut positif perkebunan. Dalam berkebun, teori-teori hortikultur yang dipelajari di buku, sekolah atau universiti tidak semestinya semua tepat. Ia mungkin berbeza sama sekali. Hanya dengan ilmu dan pengalaman barulah seorang pekebun itu boleh berjaya dalam mengusahakan tanaman mereka.

Kalau dalam bahasa mudahnya cuba-cuba dahulu (try and error). Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya? Kalau tidak dicubakan dahulu, manakan dapat tahu hasilnya?

Dari video seperti inilah saya belajar bahawa seseorang itu perlu membina imaginasi cemerlang melalui pembacaan. Semestinya bagi saya novel. Adakah novel untuk bacaan santai sahaja? Tidak. Novel perlu sebagai pembina imaginasi kita. Ia sama seperti peminat tontonan drama Korea. Sama sahaja. Cuma penceritaannya berbeza dengan pembaca sendiri perlu mencipta watak dan aksinya di minda mereka. Itulah yang saya katakan membina imaginasi cemerlang.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

0 mengomel:

Catat Ulasan

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia