Isnin, 23 Julai 2012

Lampu isyarat -- fiksyen

Kereta lalu-lalang di hadapan tiang itu. Terdapat satu tiang berlampu yang mengawal jalan itu. Ia setia menjadi pengawal jalan raya tidak kira hujan atau panas. Tetap ia mengeluarkan 3 cahaya utamanya.

Hijau. Warna alam bergema. Bergerak lancarlah segala macam kereta, bas, lori dan motorsikal melepasi tiang itu. Hati mereka pasti terasa lega.

Kuning. Warna senja mentari. Perlunya si pemandu atau pembonceng memperlahankan kenderaan mereka. Tanda kemarahan tiang itu akan tiba. Namun, itu bukanlah perkara yang sebenarnya berlaku. Pecutan demi pecutan berlaku. Semua pemandu seperti hendak gila membawa kereta. Takut akan kemarahan tiang itu akan tiba.

Merah. Warna marah membara. Ini masanya semua kenderaan berhenti. Mereka tahu akibatnya jika melawan kemarahan tiang itu. Pasti nanti akan datang surat berharga RM450 ke rumah mereka nanti. Yang itu pasti memakan duit perbelanjaan mereka nanti pula.

Itulah lampu yang mengeluarkan 3 cahaya itu. Mukanya hijau, kuning, dan merah. Bertukar sentiasa mengikut aturan yang ditetap. Itulah si lampu isyarat.

"Manusia ini pelik. Sudah aku katakan bahawa kuning itu bawanya perlahan kenapa dipecutnya lagi?" fikir si lampu isyarat melihat gelagat manusia memandu kereta di hadapan muka kuningnya.

"Lagi pelik, jika aku berwarna hijau di awal waktu, perlahan sahaja di bawanya."

"Tatkala mukaku merah, masih ada yang degil. 5-10 saat awal masih lagi memecut kenderaan cuba mengambil hak kenderaan lain."



Mengapa manusia begitu? Hendak disalahkan kereta dan motorsikal tidak boleh juga. Otak mereka itu manusia. Maka, mana pula otak manusia? Adakah akal yang mereka gunakan atau hati yang mereka gunakan semasa memandu?

Pelik bukan. Apabila ada yang terlalu sangat melanggar muka merah lampu isyarat itu, pasti kejadian buruk berlaku padanya. Pernah satu kejadian buruk berlaku betul-betul di hadapan lampu isyarat itu. Sebuah motorsikal sungguh laju boncengannya melepasi lampu merah awal. Tidak pula ia tahu ada yang memandu laju juga seperti ia tatkala lampu hijau di tiang lain bercahaya.

BAM! Satu dentuman kuat berbunyi. 100 meter jauh tercampak motorsikal jenama Ninja itu. Pembonceng tertiarap di antara simpang empat. Nasibnya buruk sekali. Sebuah lori besar lalu pula di kepalanya. Habis pecah seperti buah tembikai jatuh ke atas lantai. Krak kruk.

Akibat dari melanggar lampu isyarat.
(gambar hiasan)

Lampu isyarat hanya mampu mengucap. "Innalillahwainnailaihirojiun."

Kejadian itu nampak perlahan ketika itu. Seperti masa ingin menunjukkan kepada yang lain kesannya melawan warna yang muncul di tiang itu.

5 minit berlalu. Terlihat dua tiga buah kenderaan di belakang tercengang. Kejadian itu memang ngeri. Pemandu kereta bernombor plat WRZ 7 berjenama Mercedes itu tergamam. Lori yang berlalu di atas kepala penunggang itu terus berlalu seperti tidak tahu apa yang terjadi...

Berita itu tidak masuk ke dalam akhbar harian. Ia terlalu sinonim untuk tempat itu. Seperti sudah biasa ia memakan nyawa di situ.

"Itulah manusia. Terlalu ingin mengejar sesuatu tanpa melihat batasan yang muncul. Tidak tahu perlu berhenti di mana ia perlu berhenti. Ini lah pengajaran buat semua," kata hati kecil tiang itu.

Ia tetap memancarkan 3 warna. Hijau, kuning, merah.

4 mengomel

wow.. mmg berbakat!

kan..? terlalu mengejar sesuatu sampai xtahu kegunaa lampu isyarat.

btw, r u mixed?

Terima kasih. Saya ni masih cuba-cuba menulis. Tak lah berbakat mana pun. iGossip awak lagi menarik untuk dibaca. =)

Hehe, saya setuju...Bila lampu isyarat bertukar kuning je ramailah yang mula memecut...bukannya nak memperlahankan kenderaan....pastu mulalah berlaku kemalangan....

RM 450 rupanya saman eyh? Mahal tu, okay lepas ni tak nak langgar lampu isyarat lg hehehehe

Tapi kalau naik motor tu, kalau ada peluang nak mencelah mana yang patut, saya buat je. Al-maklumlah kamera tiada.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon