Inferior Complex #2

2 bualan
Pin It


"Takdir. Ia tidak boleh diubah lagi. Itulah pemikiran seorang yang tidak inginkan kejayaan dalam kehidupan.

Betulkah itu? Atau ia hanya kata-kata nista seorang yang telah gagal?

Selalu aku fikirkan ini. Apakah definasi kejayaan aku? Terlalu banyak perkara yang aku fikirkan."

Dia keliru.

Terlalu rumit pemikiran sang pemikir. Hakim Ikramul, seorang pelajar biasa yang telah meneruskan pelajaran di peringkat menara gading. Namun, ia masih keliru akan erti kehidupan.

"Hidup ini tidak susah, kalau nak berjaya, usaha sahajalah" nasihat opahnya masih terngiang-ngiang di telinganya.

"Tapi opah, apakah itu kejayaan? apakah itu usaha? Saya masih perlukan opah. Kenapa opah pergi meninggalkan saya kesorangan?" rintih Hakim Ikramul di suatu malam.

Cik Wan Hazimah atau Opah Wan merupakan nenek yang paling disayangi Hakim. Setiap kali balik ke kampung pasti nenek Hakim itu menyambut gembira kedatangan dia.

Namun umurnya sudah tua. Ajal dan maut di tangan Tuhan. Beberapa minggu sebelum Hakim melangkah masuk ke universiti, opahnya itu telah meninggalkannya buat selamanya.

Hati Hakim ketika itu remuk. Tempat dia berkongsikan rasa gembira dan sedih kini sudah tiada selamanya.

Pelikkan? Kenapa tidak ibu bapanya yang dijadikan tempat perkongsian luahan rasa? Ia tidak semudah itu. Keluarga Hakim rumit untuk dirungkaikan. Ia memerlukan masa sehinggalah dapat difahami semua.

----


"Jadi apa yang awak termenung itu?" Pandang Hafiz kepada Hakim Ikramul.

"Tidak apa-apa. Sahaja membelek-belek pamphlet yang ada di klinik ini," bungkus Hakim pamphlet yang ada di tangannya itu masuk ke dalam beg. Kemudian dia mengeluarkan earphone hendak mendengar muzik iPodnya.

"Saya selalu nampak awak di hadapan kolej Dusun. Awak warga di situ ya?"

Hakim diam sahaja. Mula leka dengan lagunya. Kenapa dengan orang ni. Biarlah aku orang apa pun. Tidak aku kisah untuk beritahu kau apa-apa. Fikir dia keseorangan.

Hakim hanya mengangguk perlahan kepalanya sahaja. Lagu "Part of Me" nyanyian Katty Perry mula kedengaran di gegendang telinganya.

"Saya tinggal di kolej Hutan. Sebelah kolej Dusun sahaja," senyum Hafiz.

Hakim menjeling Hafiz sekejap. Jiran rupanya. Biarlah. Seketika nanti apabila dia masuk berjumpa doktor, hubungan ini akan hilang. Itu lah Hakim selalu ingin bersendirian. Entahlah. Dia tidak berapa suka bergaul dengan orang. Dia rasakan hubungan manusia ini terlalu rapuh.

Dia ini bukanlah seorang yang sesuai untuk berkawan dengan sesiapa. Jurusan yang dia ambil di universiti pun bukan apa-apa. Ramai yang tidak tahu apa itu biosains. Biotekologi tahu lah.

1089. Dia bangun sambil mengangkatsenyum kepada Hafiz dan berlalu pergi masuk ke dalam bilik doktor.

Selesai juga perbincangan ini. Hafiz senyum kembali. Dia masih riang seperti awal pertemuan tadi.

Tanpa Hakim sedari, kad matriknya terjatuh ketika hendak berjalan masuk ke dalam bilik doktor...
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. Teruskan menulis! Menanti sambungan seterusnya.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah. Menunggu idea datang bergolek =).

      Padam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia