----
Daripada artikel ini dapat diringkaskan bahawa definasi kejayaan mungkin berbeza bagi setiap orang. Seperti Andrew, dia mungkin berjaya menggapai impian ayahnya tapi adakah dia gembira dengan kebanggaan bapanya? Lihat pula Jesse, dia sedar akan kesilapan awalnya dan membuat keputusan untuk mengambil jurusan yang dia minati. Kini, dia mendapat pekerjaan yang dia gembira lakukan.

Antara dua orang tersebut manakah yang berjaya?

p/s: Rezeki itu di tangan Allah. Kita hanya perlu berusaha sebaik mungkin mengikut kemampuan dan minat kita. Selamat memilih jurusan yang terbaik untuk kamu semua!