Isnin, 28 Mei 2012

Kerja sambilan yang menguntungkan


Apa guna pelakon korporat
pada penonton hidup melarat


Mengapa tayang cinta terhalang
bila rahmat Tuhan tebar melayang


hantu sudah penat
tunggu manusia cari malaikat

- matlutfi90 dalam typical local film/drama scenes

Aku telah mendapat tawaran kerja sambilan untuk 2 hari lepas iaitu Sabtu dan Ahad lalu. Ni semuanya bermula apabila seorang sahabat baik aku buat tawaran di FB mengenai.





Apa lagi, aku pun terus pm inbox dia. Lalu dia pun memberikan aku no hp yang boleh aku hubungi. Malam tu juga aku kena datang terus ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Tak la aku tau dimanakah lokasi tersebut walaupun aku dah setahun duduk di Putrajaya.


Disebabkan aku ni susah sikit nak ingat arahan jalan, aku terus tanya kak aku, "Hello kak. PICC kat Persint mana ya? Bagitau Persint je. Yang lain aku boleh handle."

"Persint 5."

Broom, broom, bunyi motorsikal aku bergerak terus ke Persint 5. Kalau di Putrajaya, perkara paling penting ialah lihat papan tanda arah jalan. Aku ni jenis tak suka hafal kiri ke, kanan ke. Nyatakan signboard dan beberapa klu berdekatan lokasi agar senang aku nak hadam sambil membonceng motorsikal.

Aku ikut saja lah singboard ke Persint 5. Akhirnya aku terlihat satu bangunan seperti stadium besar berdiri di atas sebuah bukit. "Ini agaknya PICC," kata aku dalam hati.

Gambaran PICC yang aku lihat. Cuma waktu tu malam. Yang ni siang.
[kredit]

Sampai saje di sana, aku dah diminta tolong set up booth jualan. Aku tolong mana yang mampu. Ingatkan nak bincang pasal hari Sabtu dan Ahad, tapi terus kerja. Wahhh!

Abang ni namanya Sufian. Aku tak berkesampaian nak tanya banyak sebab sibuk orangnya. Hampir pukul 11 pm baru la selesai kerja-kerja berkaitan.

"Esok, kamu datang pukul 7.30 am. Tolong Zaki kemas buku dan buka booth," kata Sufian, bos booth ini.

_____________________________________

Pukul 9 am aku lihat dah mula ada pengunjung yang datang ke booth kami. Mereka membelek-belek majalah Solusi, Gen-Q dan al-Ustaz. Antara satu daya tarikan di situ ialah buku Sirah Lengkap Nabi Muhammad s.a.w. Harga pun boleh tahan iaitu RM280. Kelebihannya ia lengkap dengan gambar dan berwarna. Boleh buat koleksi teragung tu. Kelemahannya, ia tak 100% Bahasa Melayu. Terjemahan ada lagi saki-baki bahasa Indonesia.

Buku banyak nak disusun di atas meja. Ada yang tak sampai cukup untuk dipamerkan. Aku lihat ada beberapa buku berpotensi untuk dijual seperti buku-buku terjemahan PTS. Menarik. Aku baca terjemahannya pun berkualiti. Contohnya Chicken Soup for the Soul / Sup ayam untuk jiwa.

Aku kagum dengan PTS yang dapat mengambil langkah yang hebat dengan menterjemah buku-buku bahasa Inggeris kepada BM. Banyak lagi tu. Ini diharapkan lebih banyak rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dapat membaca dengan selesa melalui bahasa ibunda mereka. Terjemahannya juga adalah berkualiti.

Untuk itu aku ambil inisiatif menyusun buku berlapis agar ia dapat dilihat oleh pengunjung yang tiba. Aku yakin buku-buku terjemahan ni dapat menarik minat pengunjung untuk singgah sekejap ke booth kami.

Saat yang paling gembira bagi aku ialah apabila ada pengunjung yang terpikat dengan buku yang aku pamerkan tadi. Mereka singgah dan membelek buku tersebut. Kemudian ada juga yang membeli buku tersebut. Alhamdulillah. Satu nikmat kepuasan seperti berjaya menjual sesuatu barangan kepada orang. Macam main game la pulak. Tetiba dapat benda yang sukar nak dapat. Perghhhh. Puas!

Aku lihat ada beberapa buku terbitan Telaga Biru masih dibalut plastik. Saudara Sufian kata, kalau ada pengunjung yang minta buka plastik, bukakanlah. Aku tak rasa pengunjung akan minta untuk buka plastik. Yela ini semua punca kedai India yang jual buku tepi jalan tulis "Dilarang membaca. Kalau nak, sila beli!"

Bagi aku, kalau nak buat orang tu beli sesuatu buku tu, perlu lah ada previu apa ada dalam buku tu. Sinopsis di belakang kulit buku tak membantu pembaca mengetahui isi keseluruhan sesuatu buku itu.

Aku pun ambil inisiatif buka balutan beberapa buku supaya pembaca yang teringin beli atau ada sifat ingin tahu dapat previu apa dalam buku tu. Insya-Allah, kalau betul mereka nak beli akan mereka beli juga. Mungkin bukan pada waktu itu. Mungkin pada waktu kemudian nanti. Apa yang penting niat nak tahu tu sudah ada.

Ia macam tugas seorang penjual. Kalau pembeli dah ada niat nak kunjung kedai tu, mesti ambil peluang sepenuhnya bagi previu barang-barang tersebut. Bagi idea bagaimana ia berfungsi dan pelbagai lagi. Baru lah akan terlintas niat nak membeli setelah niat ingin tahu itu muncul.

Jangkaan aku tepat. Buku yang dijadikan previu menarik pelanggan untuk berfikir membeli buku tersebut. Mereka rasa dihargai sebab mampu mendapatkan previu isi buku tersebut. Dapat mereka tanamkan niat untuk membeli kemudian nanti.

Kenapa aku tahu perkara begini? Sebab aku juga seorang pembaca tegar. Kalau nak beli buku tu, kalau boleh aku nak dapatkan previu isi-isi dalam buku tersebut dahulu. Kalau betul ok, aku beli. Kalu tak, aku tinggalkan jela. Tapi kalau terlepas masuk dalam senarai beli dan kemudian aku baca tak ok, mungkin kena hentam oleh aku. heh.

Untungnya kerja sambilan ni, aku boleh membaca buku-buku yang ada di situ. Terasa aku seperti berada di gudang ilmu yang luas. Banyaknya buku aku nak ambil dan baca. Aku tahan diri aku dahulu. Ambil satu-satu untuk aku hadam isi dalamnya. Kalau ok, mungkin aku akan beli.

Terdetik dalam hati aku mungkin buku ni nanti boleh la aku baca kali kedua kalau aku beli. Cuma realitinya tak seindah itu. Heh. Aku ni kalau dah baca buku tu, memang sukar nak baca kali kedua dah. Aku akan cari yang lain pula. Tak kira lah aku dah faham ke, entah apa kandungan dalam buku tersebut. Ia bagaikan aku dapat kemahiran melukis rumah. Aku tak faham dan perbaiki kemahiran melukis rumah itu setelah aku selesai belajar lengkap kemahiran tersebut. Aku terus nak belajar cara melukis hiasan dalam rumah pula.

Lalu kemahiran aku boleh hanya dikatakan di tahap sederhana. Tak mencapai tahap pakar. Sama lah macam kemahiran peta minda. Belum cukup aku hadap buku Tonzy Buzan, dah pula aku beli buku teknik peta minda lain pula. Aish. Susah jugak perangai aku ni. Jenis tak puas hati dengan satu buku sahaja kalau baca. Kalau boleh nak beli 2-3 jenis buku baru lah puas untuk dibuat perbandingan mana yang terbaik.

Maka untunglah aku berkesempatan duduk 12 jam menelaah pelbagai buku yang ada di situ.

Aku tertarik dengan beberapa novel Islamik terbitan PTS. Sungguh asyik untuk aku baca. Tajuk pun Islamik. Dulu aku benci dengan novel Melayu. Terlalu ironik dengan jalan cerita cliché tipikal Melayu. Terutamanya terbitan Alaf 21. Huh! Banyak cinta keparat menghantui jalan cerita novel-novel tersebut. Ini tak terkecuali novel Julia untuk KOMSAS tingkatan 5 bagi negeri-negeri Utara.

Lalu aku pun membelek 2-3 buah novel untuk aku jadikan bahan pembacaan sementara aku menjadi penjaga setia booth Andalus Islamic Media ini.

_________________________________________

bersambung... (ada beberapa hal yang perlu diurusakan. Maaf yea.)


5 mengomel

ha'ah. memang betul cara layan customer tu. Customer akan yakin membeli kalau orang penjual tu knowledgable. Aku pun tak tau kenapa. :)

jaga booth hari belia ke ape ni. haha

Heh. Sebab kalau penjual tu betul layan pelanggan, mestilah pelanggan akan taruh kepercayaan kepada dia.

Jaga booth untuk program 'Super Parents' I Luv Islam.

Bestnya bro... dpt pengalaman, dapat peluang baca buku dgn begitu banyak. Byk info dan ilmu blh dapat

Your boss is good too... sbb tak halang org nak buka balutan, at least walaupun dia x buka terus berbanding yg langsung x nak bg buka

Insya-Allah, kalau ada masa, saya kongsikan bersama apa yang saya telah dapat dari pembacaan buku-buku tersebut.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon