Jumaat, 25 Mei 2012

All Cosmos Industries Sdn. Bhd.

Keredhaan Allah SWT itu adalah punca utama mengapa kita meneruskan kehidupan.
Kerana itu, kita tidak pernah berhenti,
hanya semata-mata kerana kecewa kita terhadap insan.
- Hilal Asyraf. 




Baru tadi aku hadiri satu seminar kerjaya anjuran Fakulti Pertanian mengenai syarikat All Cosmos Industries Sdn. Bhd.

Terdapat dua orang penceramah iaitu Dato' Tony Peng dan En. Man Chip. Jenama yang digunakan syarikat All Cosmos ialah Real Strong dengan logo gajah. Pejabatnya terletak di Pasir Gudang, Johor.

Majlis dimulakan Dr. Fauziah sebagai pengerusi majlis mengalu-alukan kedatangan syarikat All Cosmos dalam memberi ceramah di Fakulti Pertanian.

Dato' Tony Pang sekarang sedang mengambil Ph.D di Fakulti Perhutanan UPM. Beliau berasal dari Taiwan dan telah mendapat status kad pengenalan merah. Beliau sebelum ini mengambil kejuteraan elektronik semasa belajar peringkat ijazah. Tapi yang peliknya beliau telah menyertai bidang pertanian sebagai sumber pendapatan beliau sekarang.


Dato' Tony Peng memulakan ceramah beliau.
Beliau memulakan ceramah dengan menanya para hadirin beberapa soalan iaitu adakah anda berjaya? akan berjaya? apa menunjukkan anda berjaya? dan kriteria kerja yang anda inginkan?

Soalan ini menjadi penentu kejayaan seseorang itu, katanya. Setakat ingin berjaya tidak mungkin tercapai sekiranya pemilihan industri dan kerja tidak bersesuaian dengan personaliti dan minat kita. Sebab itulah beliau mengatakan para hadirin yang hadir ini semuanya bertuah kerana memilih bidang pertanian sebagai industri kerjaya.

Menurut beliau, terdapat tiga industri yang teratas di dunia iaitu industri tenaga dan sumber, farmaseutikal, dan pertanian. Sebelum ini, minda beliau tersekat dengan mengatakan teknologi hanya tercapai melalui indsutri IT sahaja. Rupanya tidak. Teknologi pertanian adalah teknologi lestari. Bermaksud ia tidak lekang dek zaman. Pertanian akan terus ada selagi manusia ada keperluan untuk makan. Lainlah kalau manusia telah berevolusi menjadi robot pula.

"Seseorang itu perlu memandang 10 tahun ke hadapan dalam memikir dan menyelesaikan masalah. Fikirkan masalah yang bakal dihadapi dan cara menyelesaikannya. Barulah seorang pelajar atau pekerja itu dikatakan cekap dan berkebolehan menjadi pemimpin," kata beliau lagi, .

"Pemilihan industri sahaja tidak mencukupi untuk mengekalkan awak berjaya. Pemilihan syarikat yang betul juga perlu bagi memastikan kejayaan awak terus berkekalan," tambah beliau.

Skop pertanian mula beliau nampak luas setelah beliau menyertai industri pertanian. Bermula dari penyelidikan, pengurusan, kerja lapangan dan juga pemasaran. Ia tidak terhad hanya kepada cangkul, batas, tanah dan ladang sahaja. Pertanian berteknologi seiring dengan teknologi IT.

Apa yang membezakan pertanian dengan teknologi lain ialah pertanian terus berkembang dan sukar untuk digantikan dengan teknologi lain. Beliau memberi contoh telefon bimbit. Beberapa nama terkenal dahulu kini pudar digantikan dengan nama-nama yang lain pula.

Pertanian lain pula. Selagi ia dapat membekalkan kualiti makanan terbaik kepada pengguna, ia pasti akan terus mendapat tempat di hati pengguna. Beliau juga membandingkan betapa kalau di Taiwan, petani yang mempunyai 2 ekar tanah mampu membeli sebuah kereta Mercedes. Manakala di Malaysia petani yang mempunyai 20 ekar tanah masih mencari pulangan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ianya semua bermula dengan teknologi pertanian.

Apapun aku lihat beliau banyak membuat promosi kepada syarikat beliau lah. Al-maklumlah syarikat beliau sendiri terajui. Mestilah promosi syarikat beliau terbaik.

Kemudian ceramah dikendalikan pula oleh en. Man Chip selaku ketua pengurus sumber manusia All Cosmos. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai pengurus hotel tetapi berjaya diyakinkan oleh Dato' Tony untuk menyertai AC bahawa pertanian ini besar potensinya.

Ketua pengurus sumber manusia All Cosmos, en. Man Chip.
Di sini beliau memberi informasi jika seseorang itu terpilih untuk menyertai AC, ada satu tahun latihan pengurusan disediakan oleh mereka. Rasanya kira kontrak 1 tahun sebelum diserap sebagai eksekutif di AC.

Dalam tempoh 1-6 bulan pertama, pelatih akan didedahkan dengan empat bahagian pengurusan AC iaitu bahagian pengeluaran, operasi dan gudang, jualan dan pemasaran, dan akhir sekali penyelidikan dan pembangunan. Kemudian pada 7-12 bulan seterusnya pula pelatih akan dikhususkan mengikut kecenderungan minat mereka. Setelah cukup setahun, pelatih akan diberi jawatan sebagai eksekutif untuk mana-mana unit yang telah ia sertai.

Mengenai gaji pula aku lihat ia standard dengan syarikat swasta lain iaitu RM 2, 000 sebagai gaji permulaan dan RM 250 elaun tambahan yang lain. Syarikat AC juga ada key performance index (KPI) mereka bagi setiap unit-unit yang ada. Jika pekerja mencapai KPI, mereka akan mendapat bonus lebih. Sama dengan syarikat lain je lah,

Jadi bagi para pelajar yang berminat untuk bekerja dengan All Cosmos bolehla hantar resume mereka ke chin@allcosmos.com . Ada apa-apa pertanyaan boleh terus telefon ke talian 07-2523788.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon