Petua Masuk Hutan

6 bualan
Pin It
IMG_0737
Malaysia terkenal dengan kehijaun hutan tropika. Pelbagai jenis pokok ada dalamnya. Pokok seperti pokok tualang, tongkat ali, kacip fatimah dan pelbagai lagi. Ia bagaikan khazanah yang tak ternilai oleh bumi kepada Malaysia.

Apabila bercakap mengenai hutan, aku teringat latihan luar SUKSIS pada tahun ke-2 aku di UPM. Pergi ke Bukit Bakar menjalani latihan ikhtiar hidup. Jurulatih yang mengajar kami adalah dari kem PGA berdekatan.

Satu perkara yang aku tertarik semasa berada di sana ialah petua dan pantang larang masuk hutan yang diajar oleh jurulatih kami. Antaranya adalah encik Ali Adnan dan encik Idrus. Mereka adalah kumpulan ‘elite harimau’ pasukan polis hutan sejak zaman komunis dahulu. Mereka mempunyai pengalaman yang banyak berada dalam hutan.

Antara perkara yang disampaikan ialah untuk memasuki hutan, parang dan garam adalah perkara yang paling penting perlu ada. Kenapa? Kerana parang boleh digunakan sebagai senjata dan kelengkapan untuk mencari makanan dan membuat perlindungan. Garam pula sebagai sumber iodin dalam hutan. Dalam hutan tiada air laut ataupun garam.

Ini pula pantang larang yang wajib diikuti jika berada dalam hutan:
  1. Jangan langsung kata perkara negatif seperti “Aku lapar la,” “Jauh lagi ker?” “Nanti kita sesat ni,” “Penatnya,” dan macam-macam lagi. Ini akan mengganggu mental kita dan menyebabkan kita akan terasa seperti apa yang kita sebut.
  2. Jangan memanggil nama kawan ketika berjalan-jalan dalam hutan. Nanti ada makhluk yang lain menyahut ataupun memanggil nama kawan kita nanti.
  3. Jangan kencing dan meludah merata tempat. Antara tempat yang tak boleh kencing adalah seperti lopak air, dalam lubang, pertengahan jalan hutan, dan kawasan bersih yang terdapat dalam hutan.
  4. Jangan menyuluh lampu ke muka demi mengejutkan kawan. Sama juga seperti meniru mimik muka pelik untuk menakutkan kawan. Makhluk yang berada dalam hutan akan marah kerana seperti kita memperli rupa meraka pula.
  5. Jangan menyebut nama-nama binatang buas dan beracun dalam hutan. Gunakan kod seperti maybank(harimau), tali pinggang(ular), keretapi lipan), kereta kebal(kala jengking) dan lain-lain lagi. Dikhuatiri muncul jika menyebut nama mereka.
  6. Jangan ambil benda pelik dalam hutan seperti bunga cantik, batu kilau, pokok pelik dan lain-lain lagi. Ini mungkin benda makhluk yang ada dalam hutan. Nanti mereka marah kerana kita dikira mencuri barang mereka. Jika nak ambil juga, perlu meminta kebenaran. “Tok, nek. Saya cucu Adam nak ambil batu/bunga/pokok ni. Harap bagi lah.” Tunggu beberapa minit, jika tiada apa-apa tandanya makhluk itu bagi. Barulah ambil.
  7. Jangan lalu pada akar yang berbentuk buaian. Itu mungkin tempat mainan makhluk lain. Hormati dan lalu ke tepi sahaja.
  8. Kalau nampak benda yang pelik seperti ada satu kawasan yang bersih dalam hutan, elakkan lalu ataupun mengotorkan tempat tersebut. Dikhuatiri akan mengacau tempat makhluk tersebut.
  9. Dan yang paling penting sekali, jangan bermulut celupar dalam hutan!
Itulah antara petua dan pantang larang yang aku masih ingat diberitahu oleh en. Ali dan en. Idrus. Ikut
Mereka sendiri pernah mengalami pengalaman sesat dalam hutan walaupun sudah tahu selok-belok dalam hutan. Bagaimana ini boleh berlaku? Kerana mereka berpendapat mungkin secara tak sengaja mereka telah melanggar salah satu pantang larang seperti di atas.

Jika sesat dalam hutan bagaimana pula? Padahal kita tahu jalan pulang tapi seperti dipermainkan ketika berada dalam hutan. Nasihat en. Ali senang sahaja. Pertama, orang yang paling hadapan bogel tanpa seurat benang pun. Jalanlah sambil mencari jalan pulang. Nanti pasti akan jumpa.

Lawakkan? Tapi inilah antara yang pernah dilakukan oleh mereka. En. Ali kata apabila makhluk main sesatkan kita dalam hutan, dan kita bogel, nanti cucu-cicit mereka tertanya apa yang bergoyang di tengah badan manusia tu. Nak tak nak kenalah makhluk tu menamatkan usikan mereka. Kalau tak, malu dibuatnya.

Cara lain pula adalah dengan membelah tengah akar pokok yang terjuntai. Belah sehingga nampak seperti lubang yang muat untuk orang masuk. Selepas itu masuklah seorang demi seorang dalam lubang dalam akar tersebut.

Logiknya adalah seperti kita keluar dari alam atau kawasan yang telah kita dipermainkan. Ini juga perkara yang telah dilakukan oleh en. Ali dan rakan-rakannya ketika sesat dalam hutan dahulu.

Memang aku pernah dengar petua dan pantang larang seperti itu tapi taklah aku mempercayainya sebab aku ingatkan itu hanya perbualan biasa antara aku dan kawan-kawan aku. Tak sangka lah pula aku dapat mendengarnya daripada orang yang pernah mengalami situasi tersebut.

Boleh dikatakan hutan bukanlah tempat kita seorang sahaja tinggal. Ada juga makhluk lain yang memenuhi hutan hujan tropika kita. Hormatilah kita kerana kita bagaikan masuk ke rumah orang apabila kita masuk ke dalam hutan.

Jangan kita berlagak sombong dan cuba membuat perkara aneh dalam hutan. Dikhuatiri perkara lain pula terjadi kepada kita.
Cuma berani kah kita berbogel kalau betul kita sesat dalam hutan yea?yoyo9
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

6 ulasan:

  1. lepas ni tak de da masuk2 hutan lagi... sume tu tggl kenangn...

    BalasPadam
  2. Masa kecik dulu pun gitu gak. haha. Kampung aku masa tu masih 'kampung' betul masa tu, tak banyak pembangunan.

    Kami mandi sungai pun minta izin.

    'Maaf tok anak cucu tumpang mandi'

    BalasPadam
  3. Naisophon: Aku nak kurangkan spammers (kata google la). Yang tu aku letak word verification.

    Memang pun. Rupanya ada sebab kita minta benda2 camtu... takut apa2 jadi kat kita nanti...

    BalasPadam
  4. @Ana: Nak masuk hutan boleh jer... UPM kan banyak hutan..heheh

    BalasPadam
  5. ayah aku pon ade bgtau bende2 yg same mcm yg kau mention kat post ni (bapak aku bekas komando) memandangkan aku ni budak utan, banyak keluar masuk utan. tp ade certain part yg aku kurang setuju sket. kadang2 yang mintak kebenaran nenek moyang bagai sume tu, aku rase xpyh kot. sounds syirik sket bg aku. bogel2 tu pon xpayah kot. bapak aku pon pernah cube yg bogel tu, bkesan. tp lebih bagus kalau kite gunekan pertolongan drpd Allah s.w.t. try azan. it's better i guess. lagi satu, b4 masuk utan, bacelah surah 3 qul n pastu ucapakan 'ya allah, kau payungkanlah atas aku, bawah aku, kiri aku, kanan aku daripada gangguan2 syaitan'. insyaallah, kite lebih selamat. selebihnye, kite behave. sbb kat hutan tu mmg bukan tempat kite. ade penghuni lain. same jugak kalau kite masuk umah org, kite x behave, mesti la kan tuan umah tu marah. kan? hehehe.. just 2 cents from me :)

    BalasPadam
  6. Sebenarnya, beberapa hari yang lepas, aku baru dengar ceramah daripada seorang ustaza ni. Dia ada juga bagi tips sebelum masuk hutan kita perlu berdoa.

    Caranya dengan menepuk bumi dan membiarkan tapak tangan pada atas tanah dan berdoa (doa masuk hutan tu boleh google rasanya) pada permulaan sebelum masuk hutan. Ini agar kita dilindungi oleh Allah SWT.

    Yang minta tok nek tu pun,ada salahnya. Aku tahu. Kita baca basmallah dan minta kebenaran nak kencing sudah la. Tak perlu nak tambah cucu Adam ke apa. Jaga perlakuan baik dalam hutan pun sudah cukup elak dari gangguan sebegini.

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia