Jumaat, 30 Disember 2011

Biji Benih Dari Perantauan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada hari Khamis lalu (18.8.2011) aku telah menerima sepucuk surat dari seorang blogger. Gembiranya aku dapat surat itu. Dalamnya terkandung benda yang dapat merubah dunia rumah aku…

Jeng jeng jeng…


Sabtu, 24 Disember 2011

Bulan Kewangan Berhemat


Berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit
             - Peribahasa Melayu

Semalam aku pergi ke perpustakaan melepak membaca buku terlihat satu pameran FOMCA ataupun lebih dikenali sbeagai Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia.

Ada beberapa maklumat yang berguna diberi. Antaranya ialah


Khamis, 22 Disember 2011

Tip: Jimat Petrol la Katakan

Assalamualaikumdan salam sejahtera.

Maaf la sudah lama tak post entry baru dalam blog. Al-maklum la sibuk dengan kawad kaki selama 2 minggu lepas. Sekarang lapang la sikit. Tapi tak lapang semana yang boleh sebab sekarang aku kerja sambilan di Putrajaya. Boleh la masuk sikit duit.

Balik kepada tajuk utama kita iaitu tips terbaru dari aku. Yeeeha… Kali ni aku nak kongsi bagaimana kita boleh jimat petrol dengan mudah. Aku dah cuba dan memang ianya boleh dikatakan menjadi.



Rabu, 14 Disember 2011

Rahsia Teragung Tauge Ipoh

Little strokes fell great oaks
           - English Proverb

I have kept this secret for so long and now it’s time for me to reveal the secret…



Selasa, 13 Disember 2011

Pengalaman menghadiri Sekolah Penghabisan


Apa yang kita buat atau apa yang kita tahu atau apa yang kita percaya hanyalah memberi kesan yang sedikit. Kesan yang besar hanyalah apabila kita lakukannya.
What we think, or what we know, or what we believe is, in the end, of little consequence. The only consequence is what we do.
           - John Ruskin

Semalam dan hari ni aku ada menghadiri Finishing School yang dianjurkan oleh UPM. BMnya kami panggil Sekolah Penghabisan. Maksudnya kami ni dah nak habis belajar di UPM.

Objektif utama FS ini adalah untuk menjadikan pelajar UPM lebih berketerampilan dan berkeyakinan semasa temuduga selepas tamat belajar. Objektif yang lain pula, memberi pendedahan pelajar kepada alam perkerjaan nanti.

Banyak juga ilmu yang aku dapat dari kursus ini terutamanya cara nak tulis resume. Yang lain tu… tak berapalah.

Fesi yang aku dapat tak begitu menyeronokkan lagipun. Beliau kata kelas ini takkan sama seperti kuliah. Tapi lain pulak jadinya. Beliau pulak yang paling banyak berucap… duhhh. Sepatutnya Student Centered Learning a.k.a student discussion time.

Dari pagi sampai petang yang aku lihat beliau jerlah berucap. Lepas tu lihat video….
Mari aku ceritakan kronologi kisahnya…



Jumaat, 2 Disember 2011

Penangan Bouncer oleh orang Kaya

Dunia perniagaan ada helahnya. Bukan secara haram tetapi secara bijak....


Teringat aku beberapa minggu lepas.

Sewaktu ni macam biasa pensyarah masuk lambat. Kami pun bersembang-sembang hal-hal duniawi dahulu.

Jam 3.00 pm Dr. masuk ke dalam kelas. Memulakan syarahan beliau di makmal.

"Baja ni sesuai untuk FELDA. Pernah saya buat projek di FELDA dan saya mendapat tempat pertama."

"Tapi ada cabaran semasa buat projek tersebut. Ada orang yang busuk hati"

"Masa tu ada pegawai sana call saya. Dr, datanglah site projek Dr. ni. Ada orang buat kacau"

"Pegawai-pegawai sana hampir semua students saya. Jadi apa-apa hal diorang report kat saya je."

"Saya apa lagi, call orang settlekan perkara ni"

"Pum pam pum pam. Campak sungai orang yang buat kacau tu. Bagi cedera je. Tak sampai mati orang tu."

"Selesai. Tak da orang kacau dah" pandang beliau dengan muka serius.

Alamak! Ganasnya. Masa tu semua muka kami macam terkejut dan terpegun.

"Awak semua ingat orang kaya tak buat macam ni ke? Kalau projek RM3 juta, bayar bouncer RM5k pun ok dah."

"Kalau nak dakwa, naik turun mahkamah makan masa. Silap-silap saya pulak rugi. Kalau ada jalan senang, kenapa tak guna?"

"Kamu semua usah risau. Saya buat ni untuk orang yang penaya orang je. Kamu nak tanya saya soalan, tak da hal. Tak da saya hantar bouncer pun."

hahaha. tergelak kami semua... itu lah kisah orang kaya.