Penangan Bouncer oleh orang Kaya

2 bualan
Pin It
Dunia perniagaan ada helahnya. Bukan secara haram tetapi secara bijak....


Teringat aku beberapa minggu lepas.

Sewaktu ni macam biasa pensyarah masuk lambat. Kami pun bersembang-sembang hal-hal duniawi dahulu.

Jam 3.00 pm Dr. masuk ke dalam kelas. Memulakan syarahan beliau di makmal.

"Baja ni sesuai untuk FELDA. Pernah saya buat projek di FELDA dan saya mendapat tempat pertama."

"Tapi ada cabaran semasa buat projek tersebut. Ada orang yang busuk hati"

"Masa tu ada pegawai sana call saya. Dr, datanglah site projek Dr. ni. Ada orang buat kacau"

"Pegawai-pegawai sana hampir semua students saya. Jadi apa-apa hal diorang report kat saya je."

"Saya apa lagi, call orang settlekan perkara ni"

"Pum pam pum pam. Campak sungai orang yang buat kacau tu. Bagi cedera je. Tak sampai mati orang tu."

"Selesai. Tak da orang kacau dah" pandang beliau dengan muka serius.

Alamak! Ganasnya. Masa tu semua muka kami macam terkejut dan terpegun.

"Awak semua ingat orang kaya tak buat macam ni ke? Kalau projek RM3 juta, bayar bouncer RM5k pun ok dah."

"Kalau nak dakwa, naik turun mahkamah makan masa. Silap-silap saya pulak rugi. Kalau ada jalan senang, kenapa tak guna?"

"Kamu semua usah risau. Saya buat ni untuk orang yang penaya orang je. Kamu nak tanya saya soalan, tak da hal. Tak da saya hantar bouncer pun."

hahaha. tergelak kami semua... itu lah kisah orang kaya.


Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

2 ulasan:

  1. Yah. orang pertanian memang kaya-kaya.

    BalasPadam
  2. Yup bagi yang pandai menguruskan harta, akan kaya tapi kalau pandai membelanjakan harta, tak tentu kaya.

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia