Jumaat, 30 Disember 2011

Biji Benih Dari Perantauan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada hari Khamis lalu (18.8.2011) aku telah menerima sepucuk surat dari seorang blogger. Gembiranya aku dapat surat itu. Dalamnya terkandung benda yang dapat merubah dunia rumah aku…

Jeng jeng jeng…

Surat perantauan… Ingatkan kad raya ke apa.

Pek biji benih yang dibalut rapi dengan plastik berbuih.

Saiz benih kobis ni dibandingkan dengan syiling seposen. Kecil, kan?
Aku mula semai semalam sebab aku kena tunggu anak pokok kacang panjang renek aku dipindahkan ke atas batas. Aku nak semai pada bekas semaian kacang panjang renek itu. Lepas itu barulah boleh semai pula dengan benih kobis ini.

Kambus sedikit sahaja atas kotak semaian. Tak boleh dalam sangat atau biji benih nanti lemas susah nak bercambah. Siram air tak perlu banyak asalkan tanah semaian lembab sudah mencukupi untuk benih bercambah.

Aku semai dalam 20-30 biji benih. Taknak semai banyak-banyak. Nanti rugi. Kita tengok macam mana dulu kobis ni. Cara pengurusannya bagaimana. Lepas dah ok, baru lah boleh semai lagi. Lagipun kalau semai banyak sekali gus akan jadi rugi. Yelah, takkan sekali tuai 20 kobis. Mau muak nak makan nanti.

Perkara yang paling elok adalah semai berperingkat. Dengan ini dapat memastikan bekalan kobis organik di rumah aku ni berkekalan sehinggalah benih habis. Ni rupa kobis tu bila besar nanti.

Ni rupa benih kacang panjang renek yang baru bercambah dalam bekas semain DIY.


p/s: kalau sesiapa nak beli biji benih sayur buat tanam di rumah, boleh la beli daripada blogger ni http://www.tanamsendiri.com/

6 mengomel

izham. tanah semai tu ada komposisi juga ke?

tanah umah aku jenis laterit (pasir merah) boleh ke tak? Orang cakap tenah merah tak boleh, sebab masin.

Aku guna tanah campuran yang dibeli dari nurseri berdekatan rumah aku. Kalau ko guna pasir pun ok.

Boleh baca ni
http://www.tanamsendiri.com/2011/08/menyemai-benih-tetapi-tidak-tumbuh.html

http://www.tanamsendiri.com/2011/08/menyemai-benih-tetapi-tidak-tumbuh_07.html

http://www.tanamsendiri.com/2011/08/menyemai-benih-tetapi-tidak-tumbuh_13.html

http://www.tanamsendiri.com/2011/08/menyemai-benih-tetapi-tidak-tumbuh_14.html

Thanks Izham. This is really a good post. Aku nak tunjuk mak aku nanti sebab nak plan tanam sayur dengan bunga. Hari tu aku ada tanam kangkung. Itupun aku potong akar kangkung yang mak aku beli. Lepas tu sumbat dekat pasu. Tak taw lah tu cara yang betul ke tak. Kat rumah aku ni tak banyak space boleh tanam sebab aku ada balkoni dengan few pasu. Haha.

Tapi sebab aku nak tanam jugak tak kisah lah kan. Btw, kau rasa kalau macam aku ni yang stay kat rumah atas rumah orang ni macam mana nak bercucuk tanm? I mean with the limited space it's hard actually to plant anything.

Boleh jer. Yang penting kena ada semangat nak menanam. Aku cadangkan kamu guna pasu plastik. Ringan dan mudah di bawa. Kalau tanah tu, boleh jer beli kat nurseri. Beli tanah yang ditulis tanah campur.

Better kamu pi belek-belek kat kedai hardware berdekatan. Cari pasu plastik mana yang sesuai. Ada yang jenis gantung, panjang, lebar, dan macam-macam jenis lagi. Pilih mana yang sesuai dengan keadaan rumah kamu.

Aku dulu ada la menanam 1-2 kat depan bilik aku (blok Jebat). Ahaha. Tapi tak boleh nak makan sebab silap tanam sebab aku tanam alooe vera. Kalau tanam cam sayur kobis ni ok la. Boleh buat ulam. Pak Ali tak marah eah. :)

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk ni http://gardeninapot.blogspot.com/

Alang-alang tu boleh la buat entri dalam blog.

tanah tempat aku ni tanah spesis gambut.... bila kering mmg kring sangat bila basah mmg basah habis... eeemmm tak sesuaim kot
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
----==--Salam Aidilfitri---==----
--=== Maaf Zahir & Batin ===--
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
masalah ignition motorsikal tak hidup

Tanah gambut (peatmoss) adalah tanah yang berwarna hitam. Ia terhasil dari mendapan organik sejak beribu tahun dahulu.

Kalau kering bagaimana tu bro? Kalau basah pula bagaimana? Banyak istilahnya itu dalam pertanian.

Saya rasa mungkin tanah liat. Apa kata gaulkan baja tahi ayam 2 minggu sebelum penanaman. Insya-Allah akan ada perubahan.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon