Rabu, 30 November 2011

Kisah Hantu Fakulti Pertanian UPM

They say be afraid
you're not like the others, futuristic lovers
different DNA, they don’t understand you
                                           - E.T, Katy Perry
Tercatatlah satu kisah aku pada hari ini mengenai cerita hantu. Terdapat pelbagai cerita hantu di UPM ini dan salah satunya telah aku ceritakan. Ada lagi tapi biarlah ia menjadi rahsia penghuni warga UPM sahaja. Tak perlulah aku gembar gemburkannya kerana ini akan memberi perspektif negatif masyarakat UPM terhadap UPM ini sendiri.

Kali ni aku nak memberi pandangan aku terhadap persepsi kita terhadap hantu. Aku ada kisah seorang abang ni yang belajar sebagai Master di fakulti pertanian. Baik orangnya.

Aku dan beberapa orang kawan berserta dia duduk lepak makan di gerai belakang perpustakaan UPM. Sedang asyik kami bersembang terbangkit lah cerita kenapa abang ni tak da mood nak menulis lagi untuk thesis dia.

Katanya dulu boleh la dia menulis tapi sekarang seperti mood hilang. Aku tanya kenapa tak buat jer di rumah. Bukan kah itu lagi senang? Ish, lagi susah jawabnya. Al-maklumlah rumah ni penuh dugaan.
Jadi kenapa tak buat di pejabat? Dulu dia boleh la lepak sampai 6 pagi di bilik siswazah fakulti buat kerja tapi tak sekarang. Eh? Pelik pulak. Kata dia lagi, ini semua dek kerana kawan dia bercerita pernah terserempak dengan makhluk lain semasa overnight di fakulti.

Ah>? Apa kaitan pulak dengan abang? Tak la kata dia. Dulu dia ada dengar gak bunyi-bunyi pelik tapi tak dilayannya. Maklumlah tak tau benda apa tu dan tak kisah asalkan dia siap kerja. Cuma persepsi dia mula berubah lepas dengar cerita kawan dia tu.

Nampak tak kisah di atas? Persepsi kita mula berubah apabila kita mendapat satu cerita lain. Padahal abang tu pada awalnya tak lah seram sejuk bila duduk seorang diri di fakulti tapi lepas jer dengar cerita begitu jadi lain pulak.

Sama seperti aku duduk di rumah kak aku. Ada juga la dengar bunyi-bunyi pelik tapi bagi aku biasalahkan rumah kuarters. Mana nak lari dari bunyi jiran-jiran. Kemudian kakak kata tu bukan bunyi daripada jiran tapi pelik. Ah!? Dah lain pulak aku fikir. Seram tu ada jugaklah pada awalnya lepas dengar cerita kak aku tu tapi lama-lama aku fikir, dia tak kacau aku pun.

Yang penting dia tak kacau aku, aku tak kacau dia. Udah la kan?

Kesimpulannya, persepsi hantu kita akan berubah apabila kita mendapat satu maklumat atau cerita hantu baru mengenai satu tempat. Bagaimana kita kendalikan persepsi itu adalah penting kerana itu dapat menentukan siapa kita. Dipengaruh untuk takut, atau mempengaruh untuk ditakuti. Tak perlu takut jika perkara tu tak pernah berlaku kepada kita.

Bak kata orang, dengar boleh, percaya jangan, waspada ok la. Macam lagu minah Perry… E.T a.k.a extraterrestrial yang menceritakan dia dah tak takut dengan bunian malahan jatuh cinta gitu~  

Sekian, wasalam.









3 mengomel

betul

persepsi mudah berubah :)

Saya setuju. Kalau berlaku pun perkara tu, mesti ada sebab musababnya...

Kalau kita terlalu memikirkan pasal hantu segala bagai ni.. mula la fikiran kita merewang teringat kat benda yang bukan-bukan.


Sebenarnya, ini semua mainan syaitan. Kalau diikutkan, kita lebih patut takut terhadap Allah kalau buat sebarang dosa dan maksiat.


Hmm.. InsyaAllah kalau kita kuat iman, persepsi terhadap hantu tu dapat dibuang. Tegur untuk diri sendiri jugak sebab yang mengomen ni pon berani sangat.

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon