Rabu, 31 Ogos 2011

Sambutan hari gemilang dua dalam satu



Assalamualaikum dan selamat pagi semua!

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum semua umat Islam di dunia khususnya Malaysia menyambut hari Raya Aidilfitri. Sambutan di sambut dengan meriahnya tanda kemenangan umat Islam selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Juga sambutan hari Kemerdekaan ke-54.

Apa yang menariknya setiap negeri mempunyai tradisi dan budaya yang berlainan cara menyambut Aildilftri. Bagi aku orang Perak, rasanya biasa sahaja sambutan kami. Lemang, rendang dan ketupat memang menjadi juadah utama di rumah terbuka. Jika ada yang nak kreatif, akan membuat laksa pelbagai negeri seperti Sarawak, Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Pangkor dan negeri-negeri Malaysia yang lain yang sedia maklum oleh pembaca sendiri.

Bagi keluarga aku pula, di hari Raya, saudara jauh kami akan datang menziarahi kami untuk makan bersama pada hari pertama Raya. Lain dan tak bukan adalah saudara Cina aku. Al-maklumlah aku ni kan bersaudara dengan Cina. Muka pun ada seiras Cina.