Sabtu, 25 Jun 2011

Tips: Basuh baju

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku dapat idea baru nak tingkat kan lagi perkongsian ilmu dalam blog ni. Kita kongsi tips! Aha. Aku suka idea ni. Memang lah tak seberapa tips ni tapi boleh la buat orang yang tak tahu.
Waktu kecil-kecil dulu aku ni jenis malas nak basuh baju. Asyik masuk jer bilik air letak jer dalam baldi. Esok tengok dah tersidai di luar. Mak tolong basuhkan. Bila dah besar masuk matrikulasi lain pula jadinya. Aku kena basuh baju sendiri.

Mula-mula aku rajin la nak basuh baju tapi lama-lama jadi malas. Aiseh. Nak buat camner. Terlalu sibuk menikmati kehidupan di matrik. Aha. Tak da la. Aku malas nak jemur dengan baju-baju budak lain. Melekat bau baju diorang dekat baju aku. Aish. Rugi jer aku sental susah alik-alik jadi busuk balik.

Aku ambil jalan mudah jer. Masuk semua baju aku dalam mesin basuh. Habis cerita. Cuma ada sebutan ALAMAK! lepas mesin basuh habis menjalankan tugasnya. Habis baju putih aku berwarna merah. Rupanya ada baju aku yang suka meninggalkan jejaknya tatkala ia dibasuh. Merana aku. Nasib baik la baju tu baju biasa jer. Kalau baju kemeja memang aku bakar jer baju merah tu.
Lagi satu, aku rendamkan juga cadar dan sarung bantal aku sekali. Tak hilang la pula kotoran di situ. Memang kotoran degil betul la. Aku guna Breze pun tak jalan. Aku pun mengadu la pada mak aku. Rupanya mak aku kata kena rendam dulu baju dan apa-apa kain 1 hingga 3 jam sebelum masuk mesin. Bagi senang hilang kotoran degil. Mana la aku tahu tapi aku dah tahu sekarang.

Lama-lama bila masuk UPM ni aku jadi rajin la pula. Tak nak basuh baju guna mesin. Aku pun sental baju-baju aku dengan kaki. Aku sumbat semua jenis baju aku dalam baldi. Isi air. Masuk satu sudu breze. Kocak sampai keluar buih. Masuk kaki. Adun. Aha. Senang rasa.

Selesai mengadun guna kaki, aku bilas pun guna kaki. Kemudian perah dan jemur. Selesai. Tatkala aku menjemur… aku mengeluh. Bila la si tukang baiki ni nak baiki mesin basuh. Tak larat aku guna mesin basuh manual. Kental kaki aku dibuatnya. Opss… pecah tembelang kenapa tetiba rajin membasuh kain…03 haha

Ok ok. Untuk dipendekkan tips aku ni:

  1. Rendam 1-3 jam dahulu pakaian sebelum dibasuh dengan mesin basuh.
  2. Terbalikkan pakaian sebelum masuk dalam mesin basuh. Ini bagi mengelakkan baju cepat luntur warna.
  3. Asingkan baju yang mudah luntur warna. Mengelakkan ia merosakkan pakaian lain.
  4. Baju yang mudah luntur warna basuh secara manual.
  5. Terbalikkan baju ketika jemur. Yang dalam ke luar, yang luar ke dalam. Ini bagi mengelakkan baju cepat luntur warna dek pancaran UV cahaya matahari.
  6. Jika baju sudah kering, dinasihatkan angkat dan lipat masuk almari. Ini bagi mengekalkan warna pakaian tersebut.
  7. Guna penyangkut baju untuk menjemur baju untuk pengeringan yang cepat.
  8. Guna kaki untuk basuh jika mesin rosak.219

    DSC02349
    Basuh baju dengan kaki sahaja lah~

7 mengomel

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
diy buat mudguard dari fibreglass

nasib lahhhh kalau basuh baju ngan tuala mandi atau baju yang ada pewarna tu boleh meninggalkan kesan pada baju yang lain terutama warna putih.. nasib ko lahhhh

tu pasal. bengang gak bila nak basuh baju putih ni. jadi bila shopping tu malas nak cari warna putih sebab malas nak tenyeh... :P

satu lagi, jangan kedekut sabun.

aku pakai sabun mahal. Dynamo, Attack. Sabun ni tanggal kotoran dan tak sebab bau busuk.

Kalu pakai sabun murah macm DAIA, mesti busuk baju.

aku plak suka pakai Daia .... cuma jangan rendam lama2 nanti busuk plk baju

Maaf dah lama aku tak ziarah blog ko lahhh... Maaf lah yerrrr...

@asrul
nampaknya memang jenis memilih yang berkualiti jer aeak ko ni. Aku akan cuba mana2 yang murah nak tengok hasilnya. Kalau ok aku rembat jer.

Eh? Afzainizam pakai Daia? Hehehe... guna mesin basuh sudah...

gune kaki tu kene pastikan kaki wangi dulu la.hehehehehehe

tak apa. akan dibasuh sekali bersama Breeze! :P

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon