Senjata & Kelengkapan budak hort

7 bualan
Pin It
IMG_0617
Watcha, watchi, wutchu!!! f2 Aha. Layan la pulak aku tengok cerita kung fu hari ni. Macam-macam si mamat ni guna nak lawan orang. Lembing la. Kayu la. Garpu la. Apa-apa la. Hebat gak la dia baling membaling ni. Teringat aku pulak senjata aku di UPM ni. Jangan sangka aku, budak hort tak da senjata bila datang kat UPM.
Wajib dan memang wajib kami ada senjata nak lawan musuh-musuh kami di UPM dan sekelilingnya tau. Terdapat pelbagai macam perkara yang kami perlu tangani di UPM. Dari serangan kertas terbang, tandukan kumbang badak, belaian rumpai, wangian kemboja, dan mana-mana yang berkaitan!29.
Jadi nak diceritakanlah senjata kami ni boleh dikatakanlah ringkas tapi memang penting! Kalau takda, habis lah kami kena serangan utama yang boleh menyebabkan kemurungan seharian! Serangan leteran pensyarah!xiva[3].
Jom kita kenal satu-satu.
Sarung tangan

Demi menjaga kehalusan tangan…
Sangat-sangat penting bagi kaum wanita sebab tak nak tapak tangan mereka kasar. Bagi aku, ia mesti lah wajib dipakai kalau nak mencangkul kerana memudahkan genggaman semasa mencangkul. Kalau tak guna sarung tanga, alamatnya asyik terlepas la tangan aku yang asyik berpeluh ni daripada batang cangkul.
Harga: RM1.50-3
But getah Pua Chu Kang
DSC01794
But getah perisai kaki kami…
But getah ni memang penting apabila ada kelas yang perlu turun ladang. Nak elakkan kaki penuh dengan tanah dan juga melindungi kaki daripada serangan serangga dan rumpai.
Cuma nak ingatkan yang ia memang berat! Tapi biasalakan perisai mana tak berat? Dan tambah berat apabila tanah-tanah basah melakat macam burger kat bawah tapak but. Memang mencabar fizikal!
Harga: RM6-12
Sekateur (secateurs)
IMG_0326IMG_4505
Memang perlu ada dalam beg untuk ke mana-mana jua…
Senjata yang paling kerap digunakan dalam serangan aku. Nak mencatas mana-mana dahan pokok yang mengganggu aku. Watcha. Nak menuai sayur pun guna sekateur tau.
Kalau semester tu ada subjek yang kena buat herbarium, lagilah 24/7 perlu ada dalam beg. Nampaknya apa-apa bahan yang boleh buat herbarium, terus potong guna sekateur. Tak boleh guna tangan tau. Merosakkan pokok tu nanti. Kena cantas dengan cara yang betul iaitu dengan sekateur. Lagi kalau nak menuai sayur atau buah. Sekateur adalah senjata wajib digunakan. Jangan tangan, atau memang kena marah la dengan staf yang berkaitan…JFBQ001610702012A.
Dari pembelian, aku cadangkan yang berkualiti iaitu dalam RM24-RM50. Yang merah tu aku punya dalam RM20 aku beli. Setakat ni aku pakai tahan la.
Kawan aku yang beli RM6 tu apabila nak potong dahan jambu… Pup…ring… bunyi spring keluar. Ahaha. Rosak terus. Ada yang tumpul lepas tu.
Jadi aku nasihatkan berli yang berkualiti.
Kulir (trowel)
semaian begonia n sansievieria 010
Basuh lepas guna ‘senjata’ adalah amalan mulia…
Senjata kecil simpanan menggantikan cangkul. Gali, gali, dan gali lah sehingga nampak cacing – our best friends in field. Nak korek lubang untuk tanam biji benih, nak betulkan batas, dan mengorek sana-sini sambil bergosip.19150526151b2
Harga: RM2-5
Serampang 3 mata (rake)

Jangan mencucuk benda lain pula…
Fungsi mencucuk tanah yang jahat! Bukan semua tanah baik tau. Ada jer yang tak nak dengan kami. Juga boleh untuk membuang rumpai sekeliling tanaman.
Nyah kau rumpai dari sini!sut.
Harga: RM2-5
Pengembur (cultivator)
image
Garu badan boleh?
Tanah kadang-kala gatal, jadi perlu digemburkan sikit demi sedikit dengan penggaru terhebat! Juga untuk menggemburkan tanah yang keras nak mampos. Memang di UPM ni ada tanah yang keras seperti batu bila kering. Lembik seperti plastisin bila basah. Mula mengaru sana-situ sebab nak jaga tanaman tersayang aku daripada tersekat akarnya.
Harga: RM2-5
Pisau tunas (budding knife)
IMG_0145
Potong jangan tak potong!
Penting untuk memotong batang pokok. Kalau nak buat ‘tut’ (marcoting) memang wajib ada pisau tunas. Nak guna pisau seposen tu memang payah ar nak dinipiskan dahan pokok jambu. Keras beb.suunhun..
Ni contoh video yang aku ambil untuk cara guna pisau tunas dengan betul…
Harga: RM18-35
Topi ladang
IMGP7309
Kusyuk kami guna kulir menggali lubang tanam sawi.
Perlu ada bagi mengelakkan kepanasan. Maklumlah Malaysia panas terik dari pagi sampai lah ke petang. Hitam muka aku nanti kalau tak pakai…
Harga: Ikut fesyen yang diminati. 1fzdxs.jpg
Kamera kompak
DSC02421
Bateri kena sentiasa penuh dan kad memori 8 GB khas untuk buat video kelas.
Ini memang wajib ada dari awal lagi. Aku dulu semester 3 baru terfikir nak beli 1. Patutnya aku beli sewaktu semester 1 lagi. Rugi aku tak dapat tangkap gambar menarik sewaktu pertama kali aku belajar. Gambar aktiviti ladang dan macam-macam lagi.
Juga untuk ambil video semasa kelas berlangsung. Contohnya apabila pensyarah ataupun pegawai sedang buat demo… Kan lebih menarik gitu? Yang penting kena duduk depan sebab kalau tak nampak jerla kepala berbonjol-bonjol dalam video…
Harga: Ikut jenama dan rekabentuk yang diminati.m062

Sedemikian lah apa yang selalu aku bawa apabila ke ladang. Kalau terlupa bawa…Alamak!? Mulalah si pensyarah berleter mana ‘kelengkapan’ kami sebagai seorang pekebun terpelajar.
Sekian, wasalam.
p/s: kalau nak beli senjata-senjata ni ada jer jual di kedai-kedai hardware sekitar UPM. Tak perlu nak risau.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

7 ulasan:

  1. Kasut getah dengan selipar jepun ko tak cerita ke? hehehe

    BalasPadam
  2. Memang nak masukkan. Nantilah. Aku nak ubah suai entri ni nanti. Sekarang sibuk memikir kerja jer...

    BalasPadam
  3. aku like!;)
    cool blog satu!haha

    BalasPadam
  4. lingua franca betoi blog hg.aku nak tekan komen pun pk dulu nak tekan kat mana.haha.

    BalasPadam
  5. Eh? Yeker? Patutla orang kurang komen... aku guna default blog aku BM. Takper2. Aku tukar ke BI. Baru la ada yang nampak butang komen tu agaknya nanti.

    Kalau nak coolblog, nanti aku buat satu blog khas untuk entri coolblog UPM. Hahaha.

    BalasPadam
  6. Bagi yang nak mudah

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0815&pub=Utusan_Malaysia&sec=Agrobiz&pg=ag_01.htm

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia