Khamis, 3 Februari 2011

Mari Makan Makan Sekitar UPM

Salam semua.

Maafla semalam aku lupa nak post. Bukan apa, penat bermain monopoly sampai 3 pagi. Ini gara-gara kemaruk monopoly kawan aku. Aku layan sahajalah. Lagipun monopoly palsu katakan.
Apa nak dihairankan. Mula-mula aku ingat mahal la harga monopoly ni. Aku pun tanya “Eh, bukan mahal ker monopoly ni. Aku tengok Rm55 satu set di kedai.” Kawan aku balas “Alah, si Raju tu beli RM10 jerla. Pasar malam jer. Made in China.”

Aku tergelak sahaja mendengar jawapan tersebut.

Tengah hari aku pergi makan di Padang. Bukan Padang di Indonesia ye. Di Sri Serdang pun ada Padang tau. Tempat makanan tengah hari yang popular bagi golongan orang UPM. Yup. Aku maksudkan golongan maksudnya hampir semua orang (termasuk akula) pernah makan di Padang ni.

Makanan di sini standardlah harganya. Bagi aku sama sahaja harga makanannya jika dibandingkan dengan Putra Foodcourt. Yang beza nya ‘Pak Aji’ di sini cukup banyak. Mana taknya, terasa di lidah aku sampai malam penangan ‘Pak Aji’ Padang. Memangla sedap mulanya, tapi selepas beberapa jam lidah aku akan terasa kebas-kebas. Itu tandanya ‘Pak Aji’ la tu. (pak aji tu a.k.a aji no moto la bagi yang masih keliru lagi eak).

Pekerja di sini pun hampir 80% adalah daripada Padang. Mana taknya aku tengok semua bisa berkata indonesia. Kurang la pekerja tempatan. Aku rasa sebab pekerja Indonesia ni senang dan murah. Yang tu rakyat tempatan kita suka upah. Sebab itulah Jabatan Pendaftaran Negara keluarkan statistik rakyat Indonesia adalah golongan ke-tiga terbesar di Malaysia mengatasi kaum India. Pergh.
Malam pula aku pergi makan di restoran depan balai Bomba. Kawan aku si Jo ajak makan. Katanya bosan la asyik makan di Padang jer. Dahla tengah hari Padang. Takkan malam pun Padang. Ok la Jo. Aku layan jer.

Dia bersama seorang rakan dia manakala aku pun bawa seorang rakan, Nain. Kami pun pergilah makan di kedai yang aku sebut tadi. Aku sebenarnya memang tak tahu la apa nama kedai tu. Jadi sebut sahajalah kedai depan balai Bomba aka kedai bomba.

Nama rakan Jo ni Muhaimin, budak kolej Kedua. Dia ambil jurusan bioteknologi sama seperti kawan aku si Zulkefli. (baharu aku perasan. Banyak gak kawan aku nama mula zul. Pening aku nak ingat ni). Dia asal Terengganu rupanya. Tak apalah. Aku orang Ulu Kinta. Heheh.

Makanan di kedai Bomba ni bagi aku biasala. Entahla. Takda yang istimewa. Cuma tempatnya sahaja lain dari lain. Aku tengok tandas kedai ni ok juga lah. Menu kedai ini pun ok lah. Lebih kurang sama sahaja dengan kedai-kedai makan Melayu lain.

Aku tempah nasi goreng kampung. Lama jugalah tunggu. Ada dalam 15-20 minit jugala. Apa yang aku lihat pekerja di sini ramai tapi kenapa boleh lambat pula? Kalau di Putra Foodcourt, ada satu kedai ni yang pekerja sikit tapi memang cepat tempahan siap iaitu tak sampai 10 minit. Kalau orang ramai pun dalam 15 minit. Tapi kedai bomba ni pekerja hampir 15 orang hidangan lambat di sediakan. Aku rasa tak efisien dari segi pembahagian tugas. Apa guna ramai kalau banyak mengulat jer.

Ok lah. Sampai di sini sahajalah ulasan aku. Nanti malam ni aku bagi isi lain pula. Setiap hari melalui satu yang baharu. Jom…nantikan bersama.aaas
Wasalam.

Kedai makan Padang yang kawan aku, si Jo, suka pergi.

DSC01303DSC01304

Kedai Bomba. Tempat baharu bagi aku untuk makan malam. Sebelum ni aku dah pernah pergi dengan geng aku untuk makan tengah hari.

      DSC01308                 DSC01309
DSC01310

Ada ikan bakar. Aku tengok tak berapa segar ikannya. Tak payah la nak merasa. Kalau mengidam sangat, ehmmm beli sahajala.

DSC01314DSC01315

Tandas VIP.

Kawan baharu aku kenal. Muhaimin namanya.

DSC01312

Permainan si Nain minat sangat main. Kalau ada masa, nanti aku ceritakan bagaimana kami main. Peraturan ada diubah sedikit mengikut keperluan pemain.

[]DSC01316


2 mengomel

ak pn penah gak men tu...hahaha.. tp bkn monopoli.. main saidina ngn adk2 aku.. mase kecik2 main time bulan puase.. sbb nak rase biar mase siang pendek,nt leh berbuka cepat! hahaha... tp skg ni lame da xmain...

Memang layan. Kalau boleh setiap hujung minggu kami nak main. Nak tau siapa juara monopoly terbaik,....

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon