Khamis, 27 Mei 2010

Sistem yang Diamalkan Oleh Universiti Putra Malaysia (UPM)

Assalamualaikum semua.

Lagi sekali kita bertemu dalam artikel keluaran ketiga aku. Kali ini aku nak menerangkan sistem-sistem yang diguna pakai oleh UPM. Ini bagi memudahkan lagi anda memahami bagaimana UPM melaksanakan sistem pembelajaran yang mampu menarik minat pelajar untuk menuntut ilmu di sini.

Oleh kerana dahulu kebanyakan pensyarah di UPM berkelulusan dari Amerika Syarikat, maka sistem-sistem yang diamalkan kebanyakan sama seperti sistem universiti Amerika Syarikat.

Sistem-sistem yang aku akan terangkan ialah seperti berikut:

  1. Sistem Akademik
  2. Sistem Penasihat Akademik
  3. Sistem Pendaftaran Kursus
  4. Sistem Peperiksaan
Baiklah mari aku mulakan dengan Sistem Akademik.

Sistem Akademik

AM
Semester

UPM telah lama mengamalkan sistem semester sejak penubuhannya. Setiap sesi pengajian mempunyai dua semester meliputi jangkamasa 18 minggu. konsep 7-1-7-3 digunakan iaitu 7 minggu pertama pengajian diikuti dengan 1 minggu cuti dan disambung semula pengajian selama 7 minggu dan diakhiri dengan 3 minggu peperiksaan akhir. (Tapi ini sudah berubah apabila 1 minggu ulangkaji mula dimasukkan pada sesi 2010/11. Telah bertukar ke 7-1-7-1-2)

Pelajar dikehendaki mendaftar dan mengikuti kursus mengikut keperluan program yang diikuti masing-masing. Jangka jam kredit adalah di antara 12 hingga 18 jam kredit bagi melayakkan diri sebagai pelajar sepenuh masa.

Jam Kredit

Setiap kursus yang diambil diberi kredit. Kredit bagi satu-satu kursus didasarkan kepada jangkamasa pengendaliannya. Jangkamasa 50 minit kuliah seminggu diperuntukkan satu kredit. Kelas-kelas amali pula diperuntukkan dua hingga tiga jam seminggu di dalam atau di luar makmal juga diberi satu kredit. Oleh yang demikian, sesuatu kursus yang diperuntukkan 3 kredit akan mengandungi komponen berikut:
  • 3 jam kuliah / minggu (3+0); atau
  • 2 jam kuliah + 1 amali (2-3 jam) / minggu (2+1); atau
  • 1 jam kuliah + 2 amali / minggu (1+2); atau
  • 3 amali / minggu (0+3)
Keperluan Kredit

Setiap program Bacelor mempunyai jumlah kredit minimum untuk bergraduat. Pada lazimnya jumlah 120 kredit diperlukan bagi program Bacelor atau melebihi jumlah ini terpulang kepada ketetapan Senat. Pelajar dikehendaki mengikuti sepenuhnya keperluan kredit untuk sesuatu program.

Pengelasan Kursus

Secara dasarnya kursus dalam setiap program dikelaskan kepada:
  • Kursus Universiti
  • Kursus Fakulti/Program/Teras
  • Kursus Elektif
Skema Pengajian

> Pemilihan Kursus
Kursus yang diwajibkan terutama kursus yang menjadi prasyarat perlu diambil terlebih dahulu. Pemilihan dan penjadualan waktu hendaklah dipilih secara bijak agar tidak membebankan pelajar itu sendiri.

> Jumlah Kredit Semester
Seorang pelajar dikehendaki mendaftar sekurang-kurangnya 12 kredit semester (tidak termasuk kursus audit) dan tidak melebihi 18 jam kredit termasuk kursus audit. Dalam keadaan khas, beban kredit maksimum boleh ditambah dengan kebenaran Penasihat Akademik dan kelulusan Dekan Fakulti. Pelajar di semester terakhir boleh mendaftar kurang daripada 12 jam kredit bagi keperluan bergraduat dan pelajar ini adalah berstatus pelajar separuh masa.

Pemindahan Kredit

Seorang pelajar yang bertukar program sama ada dalam Universiti ini atau dari Universiti lain boleh membawa kredit yangsesuai dengan cara mendapat pengecualian kursus. Dekan Fakulti yang menerima pelajar akan menetapkan pengecualian kursus yang sesuai diberikan semasa menimbang permohonan pelajar.

Pengecualian Kursus Pengajian

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Dekan fakulti pelajar yang berkenaan pada awal semester pertama pengajian dengan menggunakan borang yang ditetapkan oleh Universiti (AK-4). Pengecualian hanya dipertimbangkan bagi kursus yang sama dan lulus, atau sekurang-kurangnya gred B bagi kursus yang dianggap setara. Jumlah maksimum pengecualian tidak melebihi 30% daripada jumlah kredit untuk sesuatu program yang sedang diikuti.

Kursus pengajian yang telah diberi pengecualian tidak boleh didaftar semula oleh pelajar bagi maksud meningkatkan purata timbunan.

(Sumber: Prospektus 2008-2009 Fakulti Pertanian UPM)

Aku rasa setakat ini cukuplah aku perkenalkan Sistem Akademik dahulu. Nanti kalau aku perkenalkan lebih takut anda tak faham pula. Jadi biarlah aku perkenalkan satu persatu sistem pembelajaran UPM.

Artikel sambungan adalah akan aku terangkan mengenai Sistem Penasihat Akademik, Sistem Pendaftaran Kursus dan Sistem Peperiksaan.

Sekian, jumpa lagi di artikel sambungan nanti.

Wasalam.

This Is The Oldest Page

1 mengomel so far

kunjungan pertamaku untuk blog ini, sungguh artikel yang ada disini memiliki kualitas content yang bermanfat bagi saya, tak heran bila blog banyak pengunjungnya? salam sukses :)

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.
EmoticonEmoticon