Sistem yang Diamalkan Oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) [sambungan...]

1 bualan
Pin It
Assalamulaikum semua.

Sekali lagi kita bertemu dalam sambungan artikel sebelum ini. Seperti yang aku janjikan pada hari ini aku akan habiskan semua penerangan mengenai sistem yang telah aku perkenalkan.

Mari aku sambung:

Sistem Penasihat Akademik


Sistem Penasihat Akademik di Fakulti telah bermula pada tahun 1976 yang mana ia dikenali sebagai Sistem Penasihat Pelajar. Peranan dan fungsi Penasihat Akademik telah diberi penekanan untuk melaksanakan sistem pembelajaran di Universiti ini.

Maklumat dan Objektif

Matlamat dan objektif Sistem Penasihat Akademik ialah untuk membincangkan masalah pelajar bagi mendapatkan bantuan dan/atau nasihat serta merapatkan perhubungan di antara pelajar dengan pensyarah Fakulti.

Tanggungjawab Penasihat Akademik

Ada beberapa tanggungjawab Penasihat Akademik (PA) yang patut anda ketahui seperti:
  • Memantau kemajuan prestasi secara online dan menasihati pelajar dengan sewajarnya.
  • Menasihati pelajar berkaitan dengan pendaftaran kursus.
  • Membantu pelajar memahami kurikulum, sistem semester, sistem pendaftaran, sistem peperiksaan dan pengecualian kursus.
  • Memberi nasihat untuk mengatasi masalah akademik pelajar.
  • Merancangkan, mengadakan dan memantau aktiviti yang melibatkan semua pelajar di bawah penasihatnya.
  • Menasihati pelajar supaya mendaftar kursus berpandukan kurikulum program pengajian yang diikuti mereka.
Walau apapun tanggungjawab dan tugas PA, tanggungan bagi pendaftaran dan pengguguran kursus terletak kepada pelajar.

Pelaksanaan Sistem

Fakulti akan menetapkan sekumpulan pelajar di bawah seorang PA dan pelajar yang ditetapkan dalam kumpulan sedemikian terdiri daripada pelajar dalam program pengajian yang sama.

Setiap pelajar diwajibkan berjumpa terus dengan PA-nya sebagaimana yang telah ditetapkan sekurang-kurangnya dua kali dalam setiap semester untuk mendapatkan bimbingan dan nasihat berkaitan hal-hal akademik dan masalah berkaitan.


Sistem Pendaftaran Kursus

Pendaftaran Kursus

Setiap pelajar hendaklah mendaftar kursus-kursus yang diperlukan bagi program pengajiannya di setiap semester, dalam tempoh pendaftaran kursus bagi tujuan penerusan pengajian dan pembelajarannya di Universiti pada semester berikutnya dan bagi tujuan mengekalkan pendaftaran berterusannya.

Setiap pelajar sebelum membuat sebarang pendaftaran kursus hendaklah berbincang dengan PA-nya dan mendapat persetujuan daripadanya.

Setiap pelajar hendaklah membuat pendaftaran kursus melalui Sistem Maklumat Pelajar*. Bagaimanapun, fakulti memerlukan juga pelajar mengisis Borang AK-3, dan disahkan PA-nya.

*Mana-mana pelajar yang tidak, gagal atau cuai mendaftar melalui Sistem Maklumat Pelajar dianggap tidak melakukan pendaftaran kursus seperti yang dikehendaki.

Pendaftaran Kursus Pelajar Baharu

Pelajar Baharu dibenarkan membuat pendaftaran kursus mulai hari pertama minggu suaikenal hingga hari terakhir minggu kedua semester bermula tanpa bayaran denda.

Klasifikasi Pelajar

Pelajar yang mendaftar di setiap semester hendaklah mengemaskini klasifikasi peringkat pengajiannya berdasarkan kepada jumlah kredit yang telah diperolehi melalui pengecualian kursus, pindahan kredit yang telah didaftar (tidak termasuk kredit yang akan didaftar).

Klasifikasi pelajar adalah mengikut program pengajian seperti berikut:

Kredit - Klasifikasi
0-30 - Bongsu
31-60 - Kecil
61-90 - Muda
> 90-bergraduat - Sulung

Sistem Peperiksaan


Universiti Putra Malaysia (UPM) mengamalkan sistem penilaian berterusan. Setiap kursus pada lazimnya mempunyai sekurang-kurangnya tiga kali penilaian termasuk peperiksaan akhir. Objektif penilaian berterusan ialah untuk membolehkan pelajar dan pensyarah menilai pencapaian sseorang pelajar dari masa ke semasa supaya pelajar dan pensyarahnya dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk kebaikan.

Kelayakan Menduduki Ujian / Peperiksaan

Setiap pelajar adalah layak menduduki ujian / peperiksaan bagi sesuatu kursus yang telah dia daftar kecuali jika pelajar itu telah gagal mematuhi peraturan kehadiran kuliah. Seseorang pelajar yang menghadiri kurang 80 % keseluruhan jam kredit yang ditetapkan bagi sesuatu kursus pengajian yang telah didaftarkan tidak dibenarkan menduduki peperiksaan akhir kursus tersebut.

Bagi pelajar yang gagal menghadiri atau dilarang mengambil peperiksaan akhir akan diberi markah sifar bagi kursus tersebut walaupun markah berterusannya (carrier mark) melebihi 40%.

Bagi kursus yang tidak mempunyai peperiksaan akhir pula, pelajar yang kurang daripada 80% kehadiran akan diberi status gagal jika tidak dapat menyatakan alasan yang kukuh (bersama lampiran surat / bukti) kenapa kehadirannya kurang daripada 80% kepada pensyarah kursus tersebut.

Skema Pemarkahan, Gred Abjad dan Mata Nilaian.

Markah - Gred abjad - Mata penilaian gred
80-100 - A - 4.000
75-79 - A- -3.750
70-74 - B+ - 3.500
65-69 - B - 3.000
60-64 - B- - 2.750
55-59 - C+ - 2.500
50-54 - C - 2.000
47-49 - C- - 1.750
44-46 - D+ - 1.500
40-43 - D - 1.000
=<39 - F - 0

Pengelasan Ijazah

Ijazah Bacelor yang dikeluarkan diberi kalsifikasi berdasarkan kepada pencapaian purata timbunan pelajar di akhir program pengajiannya. Pengelasan adalah seperti berikut:

Purata Timbunan -> Klasifikasi
3.750 - 4.000 -> Kelas Pertama (Kepujian Dekan)
3.000 - 3.749 -> Kelas Kedua (Bahagian Tinggi)
2.250 - 2.999 -> Kelas Kedua (Bahagian Rendah)
2.000 - 2.249 -> Kelas Ketiga

(Sumber: Prospektus 2008-2009 Fakulti Pertanian UPM)


Jadi tamatlah sekian mengenai sistem-sistem yang ada di UPM ini. Aku harap anda faham apa yang telah aku tuliskan agar dapat memahami nanti artikel-artikel aku seterusnya di UPM ini.

Artikel seterusnya akan aku ceritakan pula mengenai Fakulti Pertanian - Fakulti pengajian aku.

Sekian, kita berjumpa lagi di artikel seterusnya.

Wasalam.
Pin It
Next PostCatatan Terbaru Previous PostCatatan Lama Laman utama

1 ulasan:

  1. Maklumat tambahan:

    Kursus U: Semua pelajar UPM wajib ambil. Di sini akan ada kesempatan untuk mengenali rakan dari jurusan da fakulti berlain.

    Kursus Fakulti: Kursus yang wajib untuk jurusan yang diambil. Jumpa semua coursemate kita.

    Kursus elektif: Kursus yang boleh dipilih berdasarkan minat dan projek tahun akhir pelajar.

    BalasPadam

Saya suka dan amat menghargainya jika tuan/puan boleh komen menggunakan Bahasa Melayu Tinggi. Saya ucapkan Jazakallah dan terima kasih.

Manusia